Connect with us

Artis / Selebriti

” Terubat rindu nak tengok Nonny. Terlalu lama menghilangkan diri tau.. ” – Netizen

Video Mila Jirin Bertemu Sahabat Baiknya, Nonny Nadirah Setelah 3 Tahun Nonny Menghilang Raih Perhatian Ramai. Makin Cantik Nonny, Manis Berhijab, Tapi Nampak Kurus Lah. Jangan Hilang Lagi Nonny, Nanti Mila Cari Sampai Lubang Cacing, Hehe !!

Mila Jirin dan Nonny Nadirah bersahabat baik sejak mereka sama-sama berjuang di Akademi Fantasia suatu masa dahulu. Sebelum ini, Nonny menghilang tanpa berita dan tiba-tiba muncul seketika dengan posting yang menimbulkan kontr0versi.

Ini membuatkan Mila sed1h ketika itu dan sebagai sahabat Mila mendoakan yang terbaik buat Nonny. Kini setelah 3 tahun berlalu, Mila akhirnya berpeluang bertemu kembali sahabatnya ini. Menerusi akaun Instagram Mila Jirin, telah dikongsikan video pertemuan mereka ini.

Dapat dilihat, Mila dan Nonny berpimpingan tangan berjalan bersama. Pastinya Mila dan Nonny saling merindui, iye lah sahabat yang banyak berkongsi sus4h dan senang bersama. Kata Mila, nasib lah Mila tidak tahu alamat rumah Nonny, jika tidak sampai ke depan pintu rumah Mila pergi mencari Nonny.

Bukan hanya Mila, peminat setia Nonny juga merindui susuk tubuh ini. Nonny yang berkulit putih gebu ini masih sama seperti dulu, cantik dan manis tuannya. Cuma Nonny kelihatan sedikit susut badannya berbanding dahulu. Alhamdulillah, gembira bukan kepalang Mila dapat bertemu mata dengan Nonny.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih ratusan tanda suka sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :

” Kim salam pada Nonny, ramai orang sayang Nonny.. Rindu sangat nak tengok Nonny, saya peminat setia awak tau.. ”

” Alhamdulillah, terubat rindu nak tengok Nonny.. Rindu sangat dengan Nonny, bertambah cantik cuma kurus sikitlah.. ”

” Masya Allah lawanya dedua hamsa ni.. Dah lama sangat tak dengar berita pasal Nonny. Moga-moga dia baik-baik saje.. ”

” Alhamdulillah semoga baik-baik saje Nonny. Saya rindu Nonny jugak. Sayangnya seorang sahabat.. kita pulak tengok terharu.. ”

” Masya Allah rindunya nak tengok Nonny.. Jaga dia ye Mila.. Please Nonny Nadirah buat comeback.. rinduuu.. ”

” Yeahhh terlalu lama menghilangkan diri tau.. Please tell it to her, for wishing her the best Nonny Nadirah.. Kami rindukan dia tau.. ”

” Alhamdulillah Alhamdulillah. Nonny jgn hilang lagi ya. Nonny kena kuat. You’ve friends all around you. Yang always do’a kan nonny. Cari nonny.. ”

” Nonny nampak kurus sikit tu.. Alhamdulillah semoga kekal hubungan silaturaahim korang hingga ke syurga.. Aamin.. ”

Hilang segala kegusaran dan kerisauan di hati Mila apabila dapat bertemu kembali dengan Nonny. Yang penting, Nonny baik-baik sahaja. Mila sempat berpesan supaya Nonny tidak hilang dari radar lagi selepas ini. Apa-apa pun, semoga segalanya dipermudahkan untuk Nonny dan lebih maju jaya pada masa akan datang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mila Jirin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT