Connect with us

Artis / Selebriti

” Baca sambil senyum macam kita pula yang bercinta. Beautiful story.. ” – Netizen

Farah Lee Kongsi Cerita Perkenalannya Bersama Suami, Fuad Hashim Sehingga Membawa Mereka Ke Jinjang Pelamin. Alahai Sekejap Je Bercinta Rupanya, Tapi Sweet Sangat. Susah Nak Lepas Ujian Farah, Hebat Lah Fuad !!

Sebulan sudah berlalu sejak pempengaruh, Farah Lee selamat bergelar isteri kepada Fuad Hashim. Sememangnya berita pernikahan Farah ketika itu membuatkan ramai yang terkejut kerana tanpa sebarang gosip tiba-tiba sudah selamat bernikah.

Ramai yang ingin mengetahui bagaimana perkenalan antara Farah dan Fuad berlaku dan kali ini Farah sendiri kongsikan di media sosialnya. Menerusi akaun Instagram Farah Lee, rentetan perkenalan dari awal sehingga Fuad melamar diceritakan.

Klik gambar untuk info..

Pada bulan Jun 2022, Bidong menyaksikan Farah berkenalan dengan Fuad tetapi ketika ini Farah buat tidak endah sahaja. Setahun kemudian barulah betul-betul perkenalan antara mereka. 2 kali juga Fuad cuba melamar Farah dan kali kedua terjadi pada bulan Oktober 2023.

Setelah bertaaruf dan berpuas hati dengan segala jawapan Fuad mengenai perancangan keluarga, mereka sepakat menetapkan tanggal 5 Januari menjadi tarikh untuk disatukan. Semudah itu sahaja Allah melancarkan urusan Farah dan Fuad. Bercinta selepas kahwin lebih terasa dan kini Farah belajar sayangkan Fuad. Satu keistimewaan Fuad yang Farah kongsikan iaitu Fuad banyak persamaannya dengan arwah ayah Farah.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )

Sehingga kini, lebih 40 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Macam nk bukak cerita je bila Farah tetiba cakap awal Januari busy takleh terima apa2 job sebab nak kahwin, kita gelakkan je sebab ingat dia bergurau cam biasaaaaaa.. ”

” Tenkiuuuuuu fuaaaaaad.. kawan baik saya ni mmg peliks banyoook tapi saya tahu awk je blh handle dia.. ”

” Aaaa awat macam dalam citer novel ni berkuda siap ni .. mcm dlm novel awak suka saya tak? Pun ada haha .. hero dalam tu Hilman Yong haha .. chinese look gak ke korea eh ahha .. fuad husb kak farah ni ala2 hilman yong laa gitewwww.. ”

” Beautiful story, semoga berpanjangan bercinta seperti Adam & Hawa sampai ke syurga. Saya baca sambil dengar lagu angau hehe.. Tahniah Fuad.. Ingat senang jee nak ambil hati Kak Farah.. ”

” Muka fuah pun ada iras sikit arwah ayah farah.. You and Fuad’s character definitely will compliment each other.. inshaaAllah till Jannatul Firdaus.. ”

” Adoiii babe ni kalau buat novel, 1.5 chapter je ke camne. 18 muka surat belum tentu farahlee hehe.. When it comes to the right time with the right person, Allah will ease the journey. And that’s what we called JODOH.. ”

” Sapa mcm kita baca sambil senyum mcm kita pulak yg bercinta.. Anyway tahniah semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.. ”

” Apa ni dari before Farah kawin sampai sekarang k Lyna masih sebak Bila kenang. Terima kasih Fuad berjaya tambat hati Farah. Moga Allah jaga hati korg.. ”

Klik gambar untuk info..

Itu lah yang dikatakan jodoh iye tak. Kita tak akan pernah tahu siapa dia, namun apabila masanya sudah sampai, Allah pasti bukakan pintu hati untuk dengan hati terbuka. Semoga kisah cinta ini akan sentiasa dihangatkan dengan kasih sayang yang berpanjangan.

 

Silakan SHARE..

Sumber : IG Farah Lee

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT