Artis / Selebriti
” Happynya Maream. Sebak la tengok gambar Farah ni.. ” – Netizen
Farah Lee Kongsi Gambar Dan Video Terbaru Bersama Fuad Hashim Dan Anaknya, Maream Esabel Pergi Solat Terawih Bersama. Alahai Manjanya Maream Dengan Papa, Siap Pimpin Tangan Lagi. Seronok Ada Papa Teman Pergi Terawih !!
Siapa sangka, selepas bertahun-tahun memegang status ibu tunggal, tahun ini Farah Lee kembali menjadi seorang isteri. Fuad Hashim menjadi jejaka pilihan Farah dan perhubungan ini direstui oleh anak hasil perkongsian hidup Farah dan Ally Iskandar bernama Maream Esabel.
Meninjau entry terbaru Farah Lee di akaun Instagram miliknya, telah dikongsikan beberapa keping gambar dan video yang memaparkan Farah bersama Fuad dan Maream ke masjid untuk mengerjakan solat terawih. Seronok warganet melihat kebahagiaan Farah dan Maream sekarang.
Hari ini juga merupakan hari istimewa buat Farah kerana genap usianya yang ke 35 tahun. Ketika ditanyakan oleh Fuad apakah hadiah yang diinginkan, Farah mengatakan Fuad adalah hadiah paling terbaik untuk dirinya. Amboi jiwang karat juga Omma Maream ni rupanya.
Gelagat Maream yang semakin akrab dengan papanya ini juga menggembirakan hati warganet. Bukan main seronok lagi Maream berpimpinan tangan dengan papa ketika nak ke masjid. Gembira hati warganet melihat kegembiraan Maream. Allah bagi papa yang baik untuk Maream, sebaik daddy Maream juga.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Perkongsian oleh Farah ini sehingga kini telah pun meraih lebih 29 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Happyy birthday and salam ramadhannnn FL yang romantiks.. moga sentiasa dalam rahmat dan kasihsayang Allah selalu.. ”
” Tercekik mangga saya baca caption tu.. Apa-apa pun semoga Allah beri kesihatan yang baik buat Farahhh dan terus romantik bahagia dunia akhirat.. Aaminn.. ”
” Happy birthday di hari Ramadan . Barakah dirahmati dah terus sakti farahlee_ Jom celebrate.. banyaknya nak kena celebrate dengan awak ni.. ”
” Berserinya muka.. Perempuan, bila di tangan yang tepat, dia akan bersinar luar dan dalam. Salam kebahagiaan, FL.. ”
” sama muka maream & papa.. Happynya tengok princess tu dapat pegang tangan papa dia.. ”
” Memang muka sama eh korang bertiga ni.. Alhamdulillah the best birthday present. Paling tersentuh tengok muka bahagia maream tu.. Alhamdulilah… ”
” HAppy nya Maream.. Sebak la tgk gmbar farah ni… Allah hadirkan pasangan utk farah, wajah yg seiras… Moga kalian bahagia sehingga syurga Allah… Saling berkasih syg dlm redhaNya.. ”
Allah rancang dan aturkan yang terbaik buat Farah dan Maream. Nampaknya tahun ni Farah dapat hadiah hari lahir paling istimewa dan berharga. Sweet juga Farah ni, jiwang juga rupanya. Selamat hari lahir Farah daripada kami di Berita Kopak dan semoga berbahagia selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Farah Lee
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Budak-budak ni berlakon, kita pula blushing tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Una, kalau Una tengok video ni cuba Una angkat telefon, reply whatsapp saya.. ” – Fattah Amin