Artis / Selebriti
” Fuh bila Cindai kena dangdut, lain macam betul jadinya. Meremang dengar.. ” – Netizen
Video Persembahan Judika Di Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza Buat Warganet Teruja. Wah Lagu Cindai Didangdutkan, Best Betul. Lenggok Judika Tu Goosebump Weh. Tokti Pun Bergoyang Bahu Dengar !!
Selesai sudah konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza oleh penyanyi tersohor negara ini. Sambutan yang hangat daripada peminat-peminat DS Siti dan juga rakan artis membuktikan DS Siti masih digelar penyanyi nombor 1 negara dan tiada galang gantinya.
Sebagaimana konsert yang lalu, pasti akan ada artis undangan yang dijemput oleh DS Siti dan kali ini Judika menjadi pilihan DS Siti. Berbeza dengan persembahan Judika sebelum ini, Judika melakukan sesuatu yang tidak pernah dibuat dalam konsertnya.
Meninjau akaun Tiktok Ika, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Judika menyanyikan lagu popular DS Siti berjudul Cindai. Lagu ini asalnya adalah irama Malaysia, namun Judika menyanyikannya dalam versi yang berbeza dan menghiburkan semua.

Menukar lagu Cindai dalam versi dangdut, nyanyian oleh Judika ini meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Meremang semua mendengar suara husky Judika mendangdutkan lagu Cindai ini. DS Siti sendiri pun kelihatan teruja mendengar suara Judika menyanyikan lagu ini.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@mceqa_ Hanya di Konsert Siti Nurhaliza, pertama kali Judika ber-Cindai. Rare and sedap wehhh suara Judika. Merinding. #sitinurhaliza #judika #sebuahepitomesayasitinurhaliza @Siti Nurhaliza
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sedapnya suara, meremang weh dengar. Perh sedapnye sore Judika… Rare gile.. tak puas dengar cindai bersi dang”
” Bestnya suara Judika dangdutkan lagi Cindai.. best sangat, suara mantap betul.. Adui meremang dengar.. ”
” Waduhh sedap bangett.. sempoi lah Judika ni. Jelas betul suara Judika, sebutan dia sebijik-sebijik dengar.. ”
” Merindingnya dengar suara Judika ni. Mana pernah orang dangdutkan lagu Cindai.. syok pula dengar.. lenggok Judika tu power.. ”
” Padu gila Judika ni, memang sejak dulu lagi suara Judika ni.. Lenggok dangdut dia masuk betul dengan lirik lagu.. ”
” Fuh power betul Judika, dia dangdutkan macam tu je lagi Cindai. Tokti pun teruja dengar Cindai versi dangdut.. ”
” Fuh bila Cindai kena dangdut, lain macam betul jadinya. Suara yang lunak dan sedap bila bawak lagu macam ni.. ”
Syok juga mendengar lagu Cindai versi dangdut ini. Suara Judika membuatkan ramai meremang mendengarnya. Bukan setakat penonton, DS Siti sendiri pun gembira dan memberikan tepukan. Apa-apa pun, semoga Judika success selalu dalam kerjaya seninya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ika
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti5 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen



