Connect with us

Artis / Selebriti

” Panjangnya jawapan, mana lah Ally tak terkedu. Tak sangka sepuitis ni.. ” – Netizen

Video Throwback Fedtri Yahya Bersama Ally Iskandar 21 Tahun Lalu Raih Perhatian Ramai. Eh Eh, Lain Betul Fedtri Waktu Ni. Cara Bercakap Dari Dulu Rupanya Dah Puitis. Jawapan Spontan Siap Berpantun, Sampai Terkedu Ally Dibuatnya !!

Nama Ally Iskandar dan Fedtri Yahya antara selebriti penyiaran TV3 yang cukup tersohor dan dikenali sehingga kini. Malah 2 selebriti ini masih lagi aktif dalam bidang pengacaraan. Bukan setahun dua, tetapi sudah berbelas tahun mereka menabur bakti dalam bidang ini.

Meninjau akaun Tiktok Oh Media, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan gelagat Ally dan Fedtri sekitar tahun 2003 yang lalu. Ini bermakna 21 tahun sudah berlalu dan kejadian ini terjadi ketika Fedtri masih lagi bergelar pelajar di universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

Klik gambar untuk info..

Ally menjadi pengacara program tersebut, manakala Fedtri pula muncul pertama kali di kaca TV. Jika sekarang orang melihat betapa puitisnya kata-kata Fedtri, begitu lah Fedtri dulu. Dari dulu sudah pandai menyusun kata sehingga membuatkan Ally sendiri terkedu mendengar jawapan Fedtri pada waktu itu.

Siapa sangka, mereka berdua akhirnya bekerja di bawah satu bumbung yang sama. Ally sehingga kini masih maintain comel dan Fedtri semakin segak. Terhibur juga lah warganet melihat telatah Ally dan Fedtri dalam video ini, zaman muda remaja dahulu.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya lambat keluar ) 

@ohmedia

Tidak benar apa yang diduga…pergghh memang power Fedtri Yahya ni daripada muda lagi rupanya 🤩 ohmedia #sembangentertainment mf

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Sehingga kini, lebih 60 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Jangan kecam ya, zaman budak baru belajar 2003. Baru grad USM hehe.. ” – Fedtri Yahya

” fitri yahya skrg lain mcm glowing, maybe sebb duk kat tv3, ni klu duk rtm agak2 cmne skrg hehe.. tapi betul lah puitis tu memang sejak azali eh.. ”

” Baru tahu rupanya aly iskandar lbh senior de fetri yahya.. Dah mcm yoo jae suk interview jee suk jin hehe.. ”

” Tak sangka kan dorg boleh sama2 mengacara kt tv3. ally Iskandar ni senior la kan.. dah macam sebaya pulak sekarang kalau tengok.. ”

” Fedtri yahya ni org nye berseni sungguh.. mesti masa sembang2 kt kedai mamak pn bercakap mcm tu hehe.. ”

” lahhh aku ingat Ally Iskandar sama batch dengan Fedtri Yahya.. Rupanya Ally lagi senior.. awet muda lah Ally pun.. fedtri makin tampan.. ”

” Suara dia tu memang tersendiri, the one and only lah Fedtri ni.. Mmg minat dan amaze dgn Fedtri Yahya sebab kesusateraan bahasa melayu dia yg nyata bahasa melayu indah sgt.. ”

” Panjangnya jawapan, mana lah Ally tak terkedu. Tak sangka anak muda boleh sepuitis ni.. Fetri Yahya mmg sentiasa indah bait bait bahasanya.. ”

” Srs laaaa ayat tu dtg on the spot masa ally iskandar bagi soalan… Kalau aku stress seharian baru nk siap serangkap.. ”

Klik gambar untuk info..

Hebat lah Fedtri, secara spontan pun boleh menjawab dengan pantun yang panjang. Kenangan zaman dahulu yang pasti akan membuatkan bibir mengukit senyuman apabila menontonnya kembali. Kini Fedtri adalah seseorang yang disegani, begitu juga Ally.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Ohmedia, IG Fedtri Yahya, IG Ally Iskandar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT