Connect with us

Artis / Selebriti

” Serius la dah anak dara. Cantiknya anak Fedtri ni.. ” – Netizen

Ahmad Fedtri Yahya Muatnaik Video Terbaru Anak Sulungnya, Indah Sutera Jannah Raih Perhatian Warganet. Wah Dah Besar Kakak Indah, Makin Manis Dan Cantik. Amboi Ramai Yang Cuba Nasib Nak Jadi Menantu Fedtri Nampaknya, Hehe !!

Siapa yang tidak kenal dengan pengacara terkenal TV3, Ahmad Fedtri Yahya. Kata-katanya puitis tidak hanya dapat dilihat di kaca televisyen, malah di akaun media sosialnya juga. Fedtri sememangnya seorang yang pandai menyusun kata. Bergelar ayah kepada 4 orang anak, Fedtri bahagia bersama pasangannya, Nurul Anati Ismail.

Bagi yang mengikuti keluarga Fedtri, pastinya mengenali anak-anaknya iaitu Indah Sutera Jannah, Ahmad Willdan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana. Meninjau entry terbaru Fedtri di akaun Instagramnya, satu video terbaru anak sulungnya, Indah Sutera Jannah telah dimuatnaik.

Klik gambar untuk info..

Pejam celik, pejam celik, anak sulung Fedtri ini sudah pun 12 tahun usianya dan kini berada dalam darjah 6.Β  Terasa cepat masa berlalu, Sutera yang dahulunya comel kini berubah menjadi seorang yang cantik dan manis orangnya. Raut wajah Sutera juga lembut sama seperti ibunya.

Kata Fedtri, dia berasa seperti baru sahaja berjogging sambil mendukung Sutera. Sedar-sedar, sekarang Sutera sudah besar dan menginjak alam remaja. Tinggi dan putih melepak Sutera, ramai yang mula mengusik untuk menjadi menantu Fedtri.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Fedtri ini sehingga kini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Masha Allah cantiknya anak dara ni.. ” – Farah Lee

” Mashaallah.. besar dah.. makin cantik.. itulah kan, kata-kata ‘the days are long, the years are short’.. ”

” Dah lama aunty tak nampak tetiba dah besar, dulu kecik selalu tengok ayahnya post. Cantik sungguh kakak.. ”

” Besar dah kakak.. teringat clip dia mengamok daddy dia pegang tangan mama hehe.. anak manja daddy.. ”

” Alahai comey do’oh anak daro dia.. dulu hok ni la jealous dgn ibunya tak bagi dekat dgn ayahnya.. ”

” Cantiknya anak dara Fedtri Yahya.. Sekejap je besar, macam mamanya.. teringat dulu fedtriyahya ada post tgh shooting dgn family, adik2 semua kena beralah dgn kakak sbb kakak nangis nak daddy.. ”

” Serius la dh Anak dara.. dulu selalu dia yg paling kakak2 bler Ngan Juna Si peminat apam.. Kakak sutera tinggi gaya nya ni.. ”

” Mak aihhh lawanyaa, alhamdulillah.. dok tengok masa kecik-kecik aje dulu.. dulu comel manja, sekarang cantik sungguh.. lembut je muka.. ”

Klik gambar untuk info..

Semakin membesar, semakin cantik Sutera. Namun ayahnya masih maintain muda walaupun usia semakin meningkat. Semoga Indah Sutera Jannah sentiasa success dalam pelajaran, berjaya dunia akhirat dan sentiasa membanggakan kedua ibu bapa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fedtri Yahya

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT