Artis / Selebriti
” Masya Allah pandainya Afwa. Ingatkan ambil hujung-hujung je, rupanya bacaan penuh.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Kedua Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa Membaca Doa Sebelum Dan Selepas Makan Raih Pujian Warganet. Alahai Comelnya Suara Afwa Pelat-Pelat Baca Sampai Habis Doa, Pandai Afwa !!
Muhammad Afwa nama yang dipilih oleh Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Jiwa untuk anak kedua mereka. Sejak dilahirkan lagi, Afwa sudah menjadi tumpuan media dan juga wargamaya. Kelahiran Afwa juga menambahkan lagi kemeriahan dalam kehidupan DS Siti.
Afwa seorang anak yang baik dan mudah dijaga. Lincah dan tidak reti duduk diam, itu karektor Afwa yang selalu dilihat menerusi setiap videonya. Meninjau akaun Instagram Muhdafwakhalid, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Afwa bersama DS Siti.
Menerusi video ini, dapat didengari DS Siti bertanyakan kepada Afwa mengenai doa sebelum dan selepas makan. Afwa yang masih pelat sebutannya ini membaca doa tersebut dengan caranya tersendiri. Ada di kalangan warganet yang menyangka Afwa hanya akan membaca hujung ayat sahaja, namun jangkaan mereka meleset.
Pada usia Afwa yang sudah 3 tahun, Afwa sudah mampu mengingati kedua-dua doa tersebut. Seronok warganet melihat telatah Afwa membaca doa. Rata-rata komen juga memuji kepandaian Afwa. Pandai DS Siti mengasuh hero kecilnya ini, walaupun sibuk dengan urusan duniawi, akhirat tidak dilupakan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” MasyaAllah.. aunty tertunggu afwa baca. Ingatkan amik hujung-hujung je, rupanya tak. bacaan penuh lagi ye Afwa. Allahuakbar.. ”
” Pandai Afwa baca doa, hebat lah Afwa ni. Bijak sangat afwa bguih nya didikn dato ct kt anak-anaknya.. ”
” Afwa ni budak yang comel dan handsome boy.. seronok dengar afwa baca doa tu, pelat pun bunyi sebutannya tu.. ”
” Alhamdulillah, semoga mnjadi anak yng soleh ye hansem boy, comel sangat. Macam nak picit je pipi tu.. ”
” Alhamdulillah Afwa pandai baca doa.. pipi tu.. Semoga afwa membesar dengan sihat dan kuat.. ”
” Pandai Afwa, anak bijak ni. cute je Afwa baca doa.. Comel je sebutan Afwa tu. macam anak Korea lah Afwa.. ”
” Pandainya handsome boy ni baca doa.. pipi tu geramnya tengok.. terang hati afwa ni, dah boleh hafal doa.. ”
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Dari sekecil ini sudah diasuh dan dididik dengan ilmu agama supaya apabila dewasa nanti, boleh menjadi benteng diri. Semoga Afwa sentiasa terang hatinya dan menjadi anak yang soleh.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Muhdafwakhalid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin