Artis / Selebriti
” Berdekah tengok perangai Naqiu weh. Part seluar terlondeh tu memang lawak betul.. ” – Netizen
Video Gelagat Naqiu Dalam Rancangan Komedi UBI Superstar Live Buat Ramai Terhibur. Lawak Betul Naqiu Ni, Berdekah Penonton Dibuatnya. Part Seluar Nak Terlondeh Tu Paling Kelakar, Haha !!
Selepas kejayaan menerusi Muzikal Lawak Superstar musim ketiga, kumpulan pelawak UBI tampil dengan rancangan komedi terbaru di saluran Astro Warna iaitu UBI Superstar Live pada tahun lepas. Pada tahun ini juga rancangan tersebut kembali bersiaran mengamatkan suasana dengan musim baru.
Mula bersiaran pada 11 Januari, semalam Fad, Namie, dan Sharif Zero beraksi bersama tetamu undangan iaitu penyanyi Naqiu serta Sarah Suhairi. Seperti biasa, selebriti undangan ini perlu menyelesaikan misi misteri yang diberikan pada setiap minggu.
Paling menarik semalam adalah telatah Naqiu membuat persembahan yang berjaya membuat penonton tak kering gusi ketawa. Pada awal video, Naqiu menyanyikan lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia dan nyanyian Naqiu menerima sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir.

Menerusi video kedua pula, ketika berlakon seluar Naqiu hampir terlondeh dan dia memberitahu kepada Fad serta Sharif. Perkongsian video-video Naqiu ini menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan rupa-rupanya Naqiu seorang yang kelakar. Sehingga kini, perkongsian itu menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur dengan persembahan Naqiu bersama Kumpuan UBI. Antara komen-komen menarik adalah :
” Berdekah tengok perangai Naqiu weh, part seluar terlondeh tu memang lawak betul.. Pls kekalkan minggu depan ada Naqiu lagi, haha.. “
” Dah boleh join kumpulan lawak Naqiu.. Tak sangka pula Naqiu ni kelakar orang ni.. Hahaha.. Best betul semalam layan, hahaha lawak2.. “
” Nk dekat last tu kelakarlaa aku gelak smpi keluar air mata woi.. Best sangat musim ni, awal episod pun dah gempak beb.. Macam ni lah kami nak.. “
” Gaya dan suara tu mmg sebijik Bell Ngasri lah Naqiu ni, hahaha.. Yg kali ni aku layan.. Yang lepas sorry tak layan sebab tak best langsung.. “
“Adoilahh Naqiu nih .. Memang lawak lahh.. Salute Naqiu dpt mengawal situasi dgn bijak sbb dia boleh.. Sbb dia NAQIU hehehe.. “
” Lawak level A plus lah Naqiu, hahaha gamat suasana semalam.. Dari awal sampai habis best sangat.. Rasanya ramai yang macm aku juga layan smpai hbs.. “
” Bawak NQ tiap2 minggu sbagai jemputan dan kekalkan watak sebagai abang dlm kalangan UBI pasti penuh dewan n gamat,rating tontonan kat rumah pin mesti letups.. “
Ramai yang cakapUBI Superstar Live pada musim kali ini best sangat. Ada yang bersoloh meminta Naqiu ada dalam setiap episod. Apa-apa pun tahniah Naqiu, rupa-rupanya bukan sahaja boleh menyanyi dengan baik, malah membuat lawak spontan pun boleh.

Silakan SHARE..
Sumber : IG astrogempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selama ni Hussain menyorok kat mana ye, effortless betul suara dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Muka Ameng tu aku tak tahan. Tergelak aku tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku dah mula start nak nangis, lagu best dan suara mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini yang ditunggu-tunggu. Akhirnya BASS berduet juga guna lagu ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia cuba sampaikan luahan hati yang terpendam, lama dia simpan tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Weh merah padam muka Bella. Syok ek korang kenakan Bella, haha.. ” – Komen Netizen


