Artis / Selebriti
” Akhirnya keluar taring sebenar Naqiu dan Joey. Diorang samun, terus dapat 10 darham.. ” – Komen Netizen

Video persembahan Naqiu dan Joey Daud untuk minggu ke 5 Famili Duo bertemakan dangdut buat ramai terhibur. Wah gempak lah, siap ada drama Ali Baba Bujang Lapuk. Suara dan lenggok dangdut tu pun padu. Dapat rating penuh 10/10 juri bagi, terbaiklah..
Rancangan realiti hiburan Famili Duo semakin hangat dengan persembahan yang padu daripada semua pasangan duo. Untuk minggu kelima bertemakan dangdut, semua pasangan duo mengajikan persembahan yang memukau tidak hanya penonton tetapi juga juri tetapnya, Mas Idayu dan Dato’ Rosyam Noor.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Xtra dan F8buzz, telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan Naqiu dan Joey. Menginspirasikan filem lama Ali Baba Bujang Lapuk, Naqiu dan Joey melakonkan sedutan filem itu bersama penari-penari yang membawa watak penyamun.
Riuh pentas dengan persembahan hangat oleh duo sepupu ini. Naqiu dan Joey memberikan persembahan yang all out dan pemilihan lagu mereka juga tepat. Penonton yang hadir juga turut sama bergelek mengikut rentak lagu nyanyian Naqiu dan Joey. Persembahan hebat ini mendapat pujian daripada jurinya, Mas Idayu dan Dato’ Rosyam Noor.
Naqiu dan Joey juga menampilkan penyanyi senior, Salih Yaacob untuk bersama-sama dalam persembahan mereka itu. Persembahan yang kreatif dan menghiburkan. Naqiu dan Joey tampil dengan idea yang fresh dan pasangan ini antara pasangan pilihan ramai untuk ke final nanti.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Naqiuxjoey samun hati juri malam ni, tahniah atas persembahan yg memukau dan terbaik.. akhirnya keluar taring sebenar.. “
” Naqiuuuuuuuu tak pernah mengecewakan.. Sedappppp sangat suara.. penyamun mmg pantang dicabar.. diorang samun terus dapat 10 darham, terbaik JoQiu.. “
” Sebagai penyanyi senior abg joey dah mbuktikan beliau seorg fighter naqiu pula memang versatile.. terhibur tengok.. “
” Suara naqiu sedap sgt, dia mmg ‘gifted’ semua jenis genre lagu dia bawa semua akn jadi sedap.. “
” Best memang sangat best.. lenggok dangdut Naqiu sedap sangat dengar.. mantap duo ni.. cengkuknya ada.. goyangannya juga ada… terbaik.. “
” Lagu ni rare ooo.. zaman daku kekecik. Kreatif bijak dorang bawak saleh yaacob sama atas pentas.. penghibur korang memang penghibur.. “
” Pembukaan persembahan terbaik famili duo mlm td. Terhibur sgt. Syabas thisisnaqiu & joey_daud.. “
Persembahan yang memukau dan terbaik daripada Naqiu dan Joey. Penampilan khas Salih Yaacob menambahkan lagi rencah dalam persembahan mereka itu. Tahniah Naqiu dan Joey kerana berjaya mencuri hati juri dan mendapat tempat kedua untuk minggu ini. Teruskan perjuangan moga Naqiu dan Joey akan melangkah ke final.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Xtra, IG & Youtube F8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Ya Allah pilu rasa hati ni tengok keadaan kereta mangsa. Terbayang macam mana diorang nak selamatkan diri.. ” – Komen Netizen