Artis / Selebriti
” Ingat Dato’ Jamal tadi, suara sebijik adik-beradik ni.. ” – Netizen
Video Nyanyian Adik Dato’ Jamal Abdillah, Jamilul Hayat Buat Ramai Terpegun. Wah Power Lah Suara Abang Jamilul, Penuh Dengan Penghayatan. Lenggok Suara Macam Dato’ Jamal. Rileks Je Menyanyi Sambil Duduk, Memang Padu !!
Jika disebut nama Jamilul Hayat mungkin ramai yang tidak mengenali figura ini. Jamilul merupakan adik kepada Raja Pop negara, Dato’ Jamal Abdillah. Jamilul pernah menyandang gelaran naib juara bintang RTM dan memiliki beberapa buah album antaranya lagu Mawar Tanda Perp1sahan.
Setelah itu, Jamilul menyepi dari dunia seni dan tidak lagi aktif. Meninjau akaun Instagram Berita Kopak, telah diulangsiar satu video dari akaun Tikt0k Dieylasajer yang memaparkan rakaman nyanyian terbaru Jamilul Hayat di sebuah dewan.
Jamilul mendendangkan lagu berjudul Seniman Menangis dengan penuh penghayatan. Melihat akan gaya Jamilul, memang sama dengan gaya Dato’ Jamal. Suara juga hampir serupa dengan lenggok dan lunak merdunya, boleh membuatkan orang kel1ru.

Terubat kerinduan peminat apabila menonton video ini. Suara yang sudah lama tidak didengar namun masih tetap padu vokal dan lontaran suaranya. Baik Dato’ Jamal mahu pun Jamilul mempunyai auranya yang tersendiri yang membuatkan penonton asyik mendengar suara mereka.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian dan ramai yang memuji kehebatan suara Jamilul. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Beliau famous era 1980an, dan t1nggalkan dunia hiburan pada awal 1990an, sempat ada 3 buah lagu. Padu sore abg Jamilul Hayat.. teringat tahun89 lagu beliau MAWAR PUTIH TANDA PERPISAHAN.. ”
” Ingat Dato’ Jamal tadi, suara sebijik adik beradik ni.. teknik yang tak semua orang ada.. nyanyian yang penuh penghayatan.. ”
” Gaya adik dan abang menyanyi sama sangat kan.. Jamilul Hayat otai masih berb1sa.. suara terbaik, power.. ”
” Wow sambil duduk tu, g1la power suara dia. Kalau tak tengok video ingatkan Dato’ Jamal tadi. suara sama betul.. ”
” Terbaik lah suara, sebijik suara abang dia. Memang legend dan padu.. terima kasih share.. terubat rindu dengan suara Jamilul.. ”
” Jamilul hayat ya Allah aku hampir x cam jauh raut wajahnya dimakan usia tapi suara padu.. tak puas dengar.. ”
” Suara yang sedap didengar, padu betul anugerah Allah ada suara yang lunak merdu macam ni.. sebijik sama macam suara dato’ Jamal.. ”

Suara yang gemersik dan sedap didengar, anugerah Ilahi buat Jamilul. Hampir ada yang tertukar kerana suaranya sama betul dengan Dato’ Jamal. Apa-apa pun, semoga Jamilul sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan gembira bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Berita Kopak, IG Jamal Abdillah, Tikt0k Dieylasajer
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti7 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kakak saya dapat inspirasi dari.. ” – Irfan Haris

