Artis / Selebriti
” Indahnya sabar kan, Alhamdulillah. Suka tengok Watie bahagia.. ” – Netizen

Muatnaik Video Shuib Sepahtu Menyanyi Sambil Memetik Gitar, Perkongsian Watie Hanifiah Raih Perhatian Warganet. Cerita Watie Tu Bukti Hebatnya Takdir Allah. Tak Sia-Sia Penantian Watie !!
Hampir sebulan Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah bergelar suami isteri. Jika sebelum ini ramai yang tidak berkenan dengan Watie, namun kini semakin bercambah rasa suka dan sayang netizen terhadap Watie. Banyak sisi lain Watie yang mula kelihatan hari demi hari dan ianya meraih pujian ramai.
Meninjau akaun Instagram Watie Hanifiah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shuib sedang menyanyi sambil bermain gitar. Shuib sememangnya pandai bermain gitar dan suaranya juga merdu didengar. Warganet juga terhibur mendengar dendangan suara Shuib itu.
Coretan Watie juga mendapat perhatian dan Watie berkongsi cerita mengenai doanya tentang jodoh sebelum ini. Kata Watie, berpegang lah pada ayat ‘ jangan pernah berhenti berdoa’ dalam hidup. Asbab doa yang tidak putus-putus, banyak impian Watie dimakbulkan oleh-Nya.
Antara 4 ciri-ciri suami yang dipinta oleh Watie dalam doanya adalah seorang yang kelakar, pandai bermain gitar, memiliki suara yang sedap dan pencinta sukan golf. Shuib menepati ciri-ciri itu dan berkat sabar Watie walau pun lewat bertemu jodoh, hasilnya membawa kebahagiaan kepada Watie.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Watie ini telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Indahnya sabar kan, Alhamdulillah.. semoga diberkati dan berpanjangan jodohnya insyaAllah.. Sedapnya suara Shuib.. ”
” Cairnye bila tgok laki main gitar. Wow sampai dia punya touching, terbaik lah Shuib. Patut masuk Gegarvaganza mesti top 3.. ”
” Untung Watie, bestnya suara Shuib.. Next song please.. Both saling melengkapi, moga bahagia till jannah.. makin hari makin suka dengan Watie.. ”
” Kita pun suka lelaki main guitar … Nasib dapat Laki pandai main muzik juga hehe.. Tahniah Watie, semoga berbahagia selamanya. Kata-kata itu satu doa, Alhamdulllah.. ”
” Tapi takut dikecew4kan berulang kali.. pen4t nak mencari lelaki yg ikhlas sayangkan kita.. suka tgk watie bahagia dan happy. semoga kekal hingga ke jannah.. ”
” Betul tu, doa baik-baik insyaAllah dpt baik-baik.. Dua-dua beruntung kerana saling memiliki.. sedap suara Shuib ni.. ”
” Saya juga yakin watie tak henti doa utk dlimpahkan kasih sayang.. hampir termakbul.. ramai kot nurtizen dah mula jat0h cinta ngan watie ni.. stay sweet watie, “in your own sweet way” .. ”
Betul kata orang, doa yang baik-baik pastinya yang diperolehi juga baik. Shuib dan Watie pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Watie turut mendoakan agar sesiapa yang belum lagi bertemu jodoh bakal bertemu jodoh mereka. Yang penting, jangan berhenti meminta daripada-Nya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen