Artis / Selebriti
” Icha dengan Izz macam betul ambil nota. Yang Una tu macam budak nakal dalam kelas, haha.. ” – Komen Natizen

Perkongsian video ketika mesyuarat pertama Fattah Amin bersama team marketing Pak Mat Western. Gelagat Una buat ramai terhibur. Amboi Una, tak berkelip mata tu pandang Boss Fattah. Kena report kat Pak Mat ni, haha..
Pada tarikh 22 November 2024 secara rasminya Fattah Amin sah menjawat jawatan Ketua Eksekutif Pemasaran Pak Mat Western setelah Fattah menandatangani kontrak bersama syarikat ini. Fattah bakal mengetuai pasukan pemasaran dan dibantu oleh Una, Icha dan Izz.
Meninjau entry di akaun Instagram Pak Mat Western, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika berlangsungnya mesyuarat pertama Fattah bersama team pemasarannya itu. Fattah membentangkan perancangannya untuk mereka laksanakan bersama-sama.
Namun gelagat Una, Icha dan Izz menarik perhatian warganet. Berbagai-bagai ragam dapat dilihat sepanjang berlangsungnya meeting itu. Una kelihatan cukup fokus memandang Fattah bercakap sambil tangannya laju mencoret walaupun tidak diketahui apa yang dituliskan.
Icha dan Izz pula serius mengambil nota lagaknya seperti bakal masuk peperiksaan pula. Fattah turut memaklumkan hasil mesyuarat mereka itu, ada sesuatu yang bakal mereka lakukan untuk kepentingan masyarakat. Promosi yang menarik sebagai tanda penghargaan kepada semua.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dakkk ,lanii awat nampak macam ‘ icaa dengan izz macam betoibetoii ambik nota ,yang unaa tuu ,unaa macam ‘ budaknakai ‘ dalam kelas.. “
” Hahaha betui Mata ke bam tah tgn tulis yea yea je focus tu hahaha focus tang lain ni kne report pat mat una nakai dalam kelas haippp una ni hahahaha.. “
” Mata una tak berkelip aih pandang fatah haha.. Kemaen Unna … Mcm berlakon je buat² fokus apa yg Boss bgtau.. Padahal duk jamu mata.. “
” Una mcm buat2 faham.. sebijik mcm aku kalau dlm meeting ke kelas hahah tpi dlm otak dk fikir ayam gepuk sirap ais hahaha.. “
” Amboi yang tengah tu fokus sangat.. Una tak berkelip mata haha. apa yang kau tulis tu Una.. Una,keje la.. bkn tenung bos mcm nk telan hehe.. “
” Una nampak focus betul hehe.. Bgs watak una…. konsisten dari awaiii.. Geram je tengok muka una tu.. “
” Una kelaku sungguh noh.. bulat mata Una.. benda tu ko tulis Una,, tulis ke conteng.. catit betul betul. jangan lukis mambang lagi.. “
Semua bersemangat apabila ada bos baru tetapi Una memang terlebih fokus dalam meeting kali ini. Kelakar melihat gelagat Una, ada sahaja ekspresi mukanya yang mencuit hati. Apa-apa pun, semoga semua perancangan Fattah untuk kebaikan Pak Mat Western berjalan dengan lancar.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Pak Mat Western
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti3 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Unexpected menu dia buat, sekali aku pun berdekah, haha.. ” – Komen Netizen