Artis / Selebriti
” Tak sangka, Amir Masdi suara Harimau kumbang tu. Power suara dia.. ” – Komen Netizen

Pendedahan pemilik suara watak Harimau Kumbang untuk filem terbaru Les Copaque berjudul Dongeng Sang Kancil buat warganet teruja. Wah suara Amir Masdi rupanya, seram betul suara Harimau tu. Part Amir menyanyi lagi meremang dengar, hebat lah..
Les Copaque bakal menayangkan filem animasi baru mereka berjudul Dongeng Sang Kancil pada 26 Disember nanti di pawagam seluruh negara. Filem ini menampilkan watak yang popular dalam siri dongeng rakyat iaitu sang kancil, sang buaya, sang harimau dan banyak lagi.
Trailer filem ini sudah pun dikongsikan dan ramai yang tertanya-tanya siapakah pemilik suara di sebalik watak yang dimainkan nanti. Salah satu watak yang menjadi teka-teki adalah suara Harimau Kumbang. Suara yang menyeramkan tetapi lunak merdu apabila menyanyi.
Meninjau entry di akaun Instagram Les Copaque, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pemilik suara Harimau Kumbang. Agak mengejutkan semua kerana ianya adalah suara penyanyi yang popular dan semakin meningkat naik dengan lagu Nurcinta, Amir Masdi.
Ramai yang memuji suara Amir yang sepadan dengan watak itu. Selain menyanyi di pentas, Amir kini melebarkan lagi bakatnya dengan menjadi voiceover pula. Amir juga ada menyanyikan lagu OST dalam filem ini nanti. Baru melihat trailer sahaja sudah membuatkan ramai yang tidak sabar untuk menonton filem ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kalau harimau ni, hari hari mau tengok hehe.. Rimau ni takpelah, makan lah saya, saya rela.. tak sangka betul suara Amir, tapi memang best dengar.. “
” Memang menghayati eh, jd pelakon suara harimau kumbang. Tak sangka Amir Masdi sesuai dgn suara Harimau kumbang.. “
” Eh Amir Masdi lah.. Kena betul ya suara Amir Masdi dgn watak ni.. Sesuai sangat suara Amir Masdi jadi harimau kumbang. all the best dongeng sang kancil.. “
” Power suara dia.. tak jadi marah kalau harimau yang ni.. Hamboiii..ghimau pun kemain sedap suara… xjd lari dgr nyanyi bg habis dlu.. lari kendian ja.. “
” Wahhhh bestnya suara harimau ni. Saya nak bawak anak saya tengok filem ni. Tak sabar.. ni mak mak yang tak sabar nak tengok.. “
” Watak baru, suara baru.. ramai la nanti minta diterkam harimau haha.. sesuai watak ni dengan suara Amir masdi.. “
” Oh ini lah orangnya.. Amirr tak sangka dah voiceover pulak.. kena kena suara mahal Amir dengan harimau.. “
Siapa sangka di sebalik watak harimau kumbang yang menakutkan itu rupanya suaranya milik Amir Masdi. Semakin ramai lah yang tidak sabar untuk menonton filem ini. Bukan hanya anak-anak yang tertarik untuk menonton, mak-mak pun excited hendak melihat harimau kumbang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Les Copaque, Tiktok Upin Ipin Official, IG Amir Masdi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” 1st time dengar Abang Haji bersuara. Terkejut tengok dia cakap banyak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sedihnya berlinang air mata baca pesanan ibu Akiko. Sayangnya dia pada abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Dah lah cantik, muka unik nampak ala ala Jepun. Perwatakan sopan dan happy go lucky.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Mira, dia tak try hard nak rapat dengan Fatima. Dia biar Fatima selesakan diri dia dengan Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bilal mengaji macam orang dewasa. Sebutannya jelas, siap berlagu lagi. Abbas pun ikut mengaji sama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ni bukan setakat riak, siap menunjuk, ujub, takbur, riak. Semua ditapaunya, haha.. ” – Komen Netizen