Artis / Selebriti
” Semalam kecoh satu scene dalam drama Andai Tiada Dia, berkaitan suami nak rujuk isteri.. ” – Ustaz Izmir Fareez
Video Ustaz Izmir Fareez menjawab mengenai isu dalam scene yang viral dalam drama ‘Andai Tiada Dia’ tentang hukum jika rujuk secara paksa. Sah atau pun tidak, ini penjelasan oleh Ustaz Izmir yang mungkin ramai orang tak tahu..
Drama bertajuk ‘Andai Tiada Dia’ membuat penonton tak senang duduk menonton drama tersebut. Boleh dikatakan rata-rata ramai yang geram dengan watak Haikal lakonan oleh pelakon Hisyam Hamid. Haikal merupakan seorang suami yang mempunyai hubungan sulit bersama adik iparnya sendiri.
Menerusi episod ke 20, ramai yang tidak puas hati apabila Haikal memaksa Suri (lakonan Ummi Nazeera) untuk rujuk kembali selapas mereka bercerai. Scene viral drama tersebut mendapat perhatian pendakwah bebas iaitu Ustaz Izmir Fareez.
Meninjau di akaun Instagram milik Bambam sStudios, telah dikongsikan video Ustaz Izmir menjawab mengenai sah atau tidak dari segi hukum islam mengenai rujuk secara paksa yang dilakukan oleh watak Haikal dalam drama ‘Andai Tiada Dia ‘.
Video penjelasan oleh Ustaz Izmir mengenai isu itu telah menarik perhatian ramai dan sehingga kini menerima ratusan komen serta ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Jelas, padat dan mudah faham cara Ustaz Izmir terangkan, sangat menarik.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Rujuk pun klu jntn buat prgai semula buat apeeee.. Hidup dgn anak2 je lg baik… Hati pun tak sakittt.. Aman pun aman hidup ni.. “
” Haaaa Suri kau pergi tuntut fasakh… Jangan bebal sangat plis Suri.. Huhu aku tengok drama ni, tekanan bp aku naik tinggi.. “
” Mungkin ramai yang masih tak faham dan tahu mengenai hal ini.. Tq ustaz @izmirfareez moga murah rezki Ustaz sengan perkongsian ilmu.. “
” Terima kasih ustaz.. Ustaz pun puji bagus juga scene ni.. 1 malaysia dpt belajar bab munakahat.. Alhamdulillah dapat 1 ilmu.. “
” Rujuk tu kena face to face.. Kalau isteri tu lari tak nak dgr lafaz rujuk tu mcm mana.. Contoh Haikal tiba lafaz, akuu rujukkk blaa… tiba2 Suri tutup telinga dan lari.. Sahh ke ustazz.. “
” Bagus jugak scene tu…tambah pengetahuan dari segi agama.. Alhamdulillah menjadi 1 pembelajaran utk para isteri.. “
” Tu yg mata terbeliak masing2 bila dgr haikal lafaz rujuk tu. Auto jdi isteri smula.. Kesian Falah, dia lah yang rugi.. Harap nanti xkekal lah rumah tangga Suri dan Haikal.. “
Terima kasih ustaz dengan perkongsian ini. Sedikit sebanyak dapat lah kita menambah ilmu pengetahuan mengenai hukum agama yang ditetapkan. Semoga penjelasan oleh Ustaz Izmir mengenai hukum rujuk secara paksa ini juga memberikan manfaat buat kita semua.
Silakan SHARE..
Sumber : IG bambam_studios, umminazeera
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Macam dia cakap mummy, mummy pulanglah balik. Macam biasa.. ” – Mas Idayu
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ramai cuba cover lagu Dato’ Siti, tapi suara Danial ni lemak, merdu, husky, semua cukup.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” You look mega, sound pun mega.. ” – Dato’ Ramli MS
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Congratulations Faz. Beauty with brain, so inspiring.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Nak buat ringtone phone lah, ‘ahak ahak’ tu mahal dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ala satu juta, takkan aku tak boleh bayar.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia takde isteri, tapi dia punya kawan-kawan yang baik dan prihatin.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Suara bell macam iklan radio dah, siap mimik muka main peranan.. ” – Komen Netizen