Artis / Selebriti
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
Video Nur Fatima Aisya meluahkan hasrat ingin bercuti bersama daddynya, Fattah Amin ke Tokyo Disneyland. Alahai manjanya suara Fatima. Part respon Fattah tu win, macam cakap dekat mummy Fatima je tu, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik anak pelakon tampan, Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya, telah dikongsikan satu hantaran video terbaru. Menerusi video itu, Fatima merakamkan dirinya yang sedang bercakap dan meluahkan satu hasratnya kepada Fattah.
Tanya Fatima kepada Fattah, bilakah daddynya akan membawa dirinya ke Disneyland Tokyo. Kata Fatima lagi, dia begitu ingin pergi bersama Fattah dan ingin membawa sekali atuk dan nendanya sekali serta menyebut beberapa nama sepupu-sepupunya. Pada akhir video, Fatima sempat berkata ‘ i love you daddy ‘ untuk Fattah.
Manakala di ruangan kapsyen, telah ditulis ‘Dear daddy’ berserta dengan emoji love berwarna biru dan diakhiri dengan ‘ Love Fatima ‘ beserta emoji love berwarna merah jambu. Selain itu, Fattah turut memberikan respon kepada video Fatima itu menerusi Instagram Story miliknya.

Tulis Fattah, dengan berseloroh adakah video yang dikongsikan oleh Fatima itu dimuatnaik sendiri oleh Fatima. Fattah juga mengatakan dia ada membuat video call kepada Fatima, namun tidak dijawab. Sehingga kini, perkongsian video Fatima itu telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongsian di bawah ini :

Alahai, comel sungguh mendengar coleteh Fatima menerusi video itu. Manja betul Fatima dengan daddynya. Cara Fattah memberikan respon kepada video Fatima juga mencuti hati. Fattah seperti ingin menyakat ibu Fatima, Fazura yang memuatnaik video tersebut di akaun Instagram Fatima.

Untuk info, selepas Fattah dan Fazura berpisah, hak jagaan Fatima diberikan kepada Fazura. Manakala Fattah pula diberikan hak untuk lawatan bermalam bersama Fatima seperti telah ditetapkan oleh pihak mahkamah. Apa-apa pun, semoga Fatima terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang bijak pandai dan hidup bahagia bersama kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG nurfatimaisya, fattahaminz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti4 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen

