Artis / Selebriti
” Fuh hampir sama dengan suara arwah Siti Sarah. Lancar sebutan dia, dah tak pelat.. ” – Komen Netizen
Video Tiktoker Viral Dari Vietnam, May Bae Sekali Lagi Menyanyikan Lagu Kesetiaan Buat Ramai Tersentuh. Alahai Sedap Betul Suara May Bae, Sebutan Langsung Tak Pelat. Kali Ni Lagi Sedap Daripada Yang Sebelum Ni. Lenggok Suara Macam Arwah Siti Sarah, Sebak Dengar !!
Bagi pengguna applikasi Tiktok, pastinya mengenali tiktoker viral dari Vietnam bernama May Bae. Wanita ini sering tampil membuat live bersama pemenang Anugerah Tiktok Live Creator of The Year, Acap S. May Bae seorang yang berbakat dalam nyanyian dan memiliki suara yang merdu.
Acap S pernah meminta May Bae untuk cover lagu popular arwah Siti Sarah berjudul Kesetiaan dalam live mereka baru-baru ini. Memandangkan itu adalah kali pertama May Bae menyanyikan lagu Sarah, ada sedikit sebutan pelat dalam nyanyiannya itu tetapi tetap dipuji kerana lunak didengar.
Menerusi perkongsian terbaru May Bae di akaun Tiktoknya, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan May Bae menyanyikan kembali lagu tersebut. Kata May Bae, lagu ini membuatkan dia menangis dan May Bae tidak lupa mengucapkan terima kasih untuk Acap S atas tunjuk ajar yang telah diberikan.

Merdu dan langsung tidak pelat sebutan May Bae kali ini. Penghayatan dan rasa itu sampai ke hati warganet yang mendengarnya. Suara May Bae dan lenggoknya hampir sama dengan arwah Siti Sarah dan itu membuatkan warganet tersentuh hati.
Jom tonton video di bawah :
@maybae1202 This song made me cry … #kesetiaan #sitisarah #MayBaecover #MayBae #fyp thank you teacher @Acap S 💛
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 31 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Anak murid Acap S ni.. Acap S la suruh nyanyi lagu ni aritu.. Sedapnya suara May Bae ni, macam arwah siti sarah sikit suaranya.. ”
” Mana komposer Malaysia, buat la single album maybae ni pasti meletup. dia cover lagu apa pun semua jadi sedap.. ”
” Ni kalau masuk Big Stage silap-silap juara ni. klu yg pnyanyi Korea blh menang big stage why not maybea.. ”
” Weh serius lah, tak pelat langsung.. Bagus mentor Acap S ajar dia sampai tak pelat langsung camni.. menyala lah suara maybae ni.. ”
” Mantap betul suara dia ni nyanyi lagu Melayu. Lagu Sarah ni ada jiwa, bila dia nyanyi kita pun rasa sedih tu.. menusuk ke hati penyampaian tu.. ”
” Suara dia seakan arwah Sarah bila nyanyi lagu ni.. sedap g1la suara dia.. dah improve a lot on diction. Well done Maybae.. ”
” Fuh hampir sama dengan suara arwah Siti Sarah. Malay pronunciation perfect 100%, tak ada pelat.. Rindunya dengan arwah bila dengar lagu ni.. ”
” Fuhh akhirnyaa yang ditunggu-tunggu.. mantap makin lancar sebutan diaa.. Good job sis.. suara tu macam suara arwah siti sarah.. ”
Semakin bagus sebutan bahasa Melayu May Bae. Suaranya itu memang mengingatkan semua kepada arwah Siti Sarah. Kedengaran hampir sama walaupun tidak 100 % serupa. Semoga ada rezeki May Bae untuk menjadi peserta Big Stage musim baru nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok May Bae
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti4 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen

