Artis / Selebriti
” Comelnya baby, muka sebiji macam kakak Ameena lah.. ” – Komen Netizen
Fizi Ali Kongsi Buat Pertama Kali Gambar Anaknya Yang Kini Sudah Berusia Sebulan Lebih Raih Perhatian Ramai. Alahai Comelnya Baby, Nama Pun Cantik. Ada Yang Cakap Muka Baby Copy Paste Kakak Ameena Lah !!
Pada bulan Julai yang lalu, penyampai radio Fizi Ali telah berkongsi berita gembira yang isterinya, Siti Zulaikha selamat melahirkan anak pertama mereka. Perkongsian tersebut dimuatnaik oleh Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin menerusi akaun Instagram miliknya.
Pada hari ini, usia si kecil sudah mencecah satu bulan lebih. Kali ini Fizi dan isteri berkongsi kepada umum wajah dan nama anak mereka kepada umum. Memilih nama Nurraisya Sofea buat puteri mereka, Fizi juga meluahkan rasa syukur atas kehadiran Nurraisya dalam hidupnya.
Perkongsian oleh Fizi tersebut telah menarik perhatian warganet dengan dihujani dengan ucapan tahniah. Ada yang mengatakan wajah Nurraisya Sofea mirip seperti kakaknya iaitu Ameena yang merupakan anak Fizi menerusi perkahwinan yang terdahulu.

Selain itu, ramai turut mendoakan kebahagiaan Fizi bersama keluarga. Sehingga kini, gambar anak Fizi ini telah menerima ribuan tanda suka dan puluhan komen sejak ia dimuantaik ke akaun Instagram. Alahai comel sungguh Nurraisya, seiras seperti daddy dan mamanya.
Ikuti perkongsian di bawah ini :


Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian terbaru oleh Fizi ini dan mendoakan kesejahteraan Nurraisya Sofea. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comelnya baby, muka sebiji macam kakak Ameena lah.. Tahniah Fizi dan isteri, semoga Nurraisya Sofea membesar dengan sihat selalu.. “
” Assalamualaikum Raisyaaaaaaaa, masyaAllah comel betul.. Finally dah blh panggil Raisya openly.. Muka daddy sangat lah sayang.. “
“Combination Fizi ali n mamatizz.. Comey betholl yg ke3 ni.. Semoga baby sentiasa sihat, membesar jadi anak yang menyejuk hati kedua ibu bapanya.. “
” Muka ikut kakak dia ameena lah.. Dua2 muka ikut daddy.. Hehe mesti besar nanti manja sangat dengan daddy mcm kakak ameena.. “
” Comel.. Banyak muka mamatiz la.. Copy muka anak mamatiz yg sulong, sebiji betul.. Btw mamatiz n fizi memang muka seiras.. “
” Sebjik pak dia lerr, hehee manis betul muka, tapi versi mata bulat.. Apa pn smoga mbsr memnjadi anak yang solehah ya sayang.. “
” Alahai shaiyanggg, geramnyaaa tengok dia ni.. Ya Allahhhh… Comelnyaaaa… Assalamualaikum baby… Membesar dengan sihat & penuh rahmat dari Allah.. Amin.. “
Jelas terlihat betapa bahagianya Fizi dan isteri dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka. Tulis Fizi, selepas ini perkembangan Nurraisya akan dikongsikan di akaun Instagram rasmi Nurraisya. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Fizi sekeluarga, semoga Nurraisya Sofea membesar menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG fiziali
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga3 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti4 days ago” Relax je Hussain ni menyanyi, siap tarik suara lagi. Comelnya Hussain pimpin tangan bapak dia.. ” – Komen Netizen

