Artis / Selebriti
” Cantik-cantik anak Cik Puan Julia Rais, macam bondanya.. ” – Komen Netizen

Video Dua Puteri Sultan Pahang, YAM Tengku Puteri Iman Afzan Dan YAM Tengku Puteri Ilyana Hadir Ke Istiadat Berinai YAM Puteri Afzan Raih Perhatian Ramai. Cantiknya Tengku Iman Dan Tengku Ilyana. Seiras Macam Muka Bonda Mereka, Cik Puan Julia Rais !!
Masih ingat lagi pelakon era tahun 80-an iaitu Cik Puan Julia Rais yang memiliki wajah Pan Asian ? Meskipun kini Cik Puan Julia sudah tidak aktifΒ lagi dalam dunia seni lakonan, namun ramai yang merindui Cik Puan Julia satu masa dahulu yang sering menjadi pujaan ramai.
Meninjau di akaun TikTok milik Roy Terachi, telah dikongsikan video yang memaparkan dua anak Cik Puan Julia Rais iaitu Tengku Puteri Iman dan Tengku Puteri Ilyana hadir ke Istiadat Berinai YAM Tengku Afzan. Kehadiran dua Puteri Sultan Pahang ini turut menjadi tumpuan mata yang hadir.
Kelihatan menerusi video tersebut, Tengku Puteri Iman begitu cantik mengenakan busana berwarna purple. Manakala Tengku Puteri Ilyana pula mengenakan busana berwarna merah hati. Ternyata raut wajah jelita mereka saling tidak tumpah mengikut wajah bonda mereka, Cik Puan Julia Rais.
Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan terpegun melihat kecantikan Tengku Puteri Iman dan Tengku Puteri Ilyana. Dalam masa yang sama, ada juga meluahkan rasa rindu untuk melihat wajah terbaru Cik Puan Julia sekarang.
Tonton video di bawah ini :
@royterachi Tengku Puteri Iman Afzan Tengku Putri Ilyana #tengkuputeriimanafzan #tengkuputeriilyana #royalpahangfamily
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video tersebut dan mereka juga turut memuji kecantikan Tengku Puteri Iman dan Tengku Putri Ilyana. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Cantik-cantik anak Cik Puan Julia Rais, macam bondanya.. Tengku Puteri Ilisha Ameera juga cantik..Β Rindu melihat kelibatnya di layar perak.. “
” Dua beradik ni iras sngat muka dia dn tbuh bdan pun sma, memang tak cam mna satu Iman dn Yana. Yg sorang lgi lain ckit, mudah cam.. “
” Suka tengok pakaian diraja… Simple tapi nampak classy. Takperlu nak kepuk2.. Tak perlu nak over bling2.. Dua2 anak Sultan Pahang ni memang cantik sangat.. “
” Omgggg cantik betul lah Tengku Iman dan Tengku Ilyana.. Rambut belah tgh pun cntik giler.. Cuba klau aku yg buat rambut mcm tu tak tau laa nk ckp rupa apa.. “
” Dah macam kembar lah dua beradik ni, hehe.. Cantik sangat tengok.. Mata tak berkelip tengok setiap langkah mereka.. Beauty privilege.. “
” Walaupun berlainan ibu, adik beradik ni rapat kasih sayang nya hasil didikan ayahnda bonda nya.. MasyaAllah suka betul tengok tau.. “
” Kuat betul vibe princess tu.. Nampak classy.. Baju kurung ni ibarat mcm dress2 dlm cite bridgerton utk org melayu. Very classy. Lurveee.. “
Untuk rekod, selain Tengku Puteri Iman dan Tengku Puteri Ilyana, Cik Puan Julia Rais turut mempunyai seorang lagi anak bernama Tengku Illisha Ameena. Ketiga-tiga puteri ini mempunyai kecantikan yang tersendiri dan mewarisi rupa paras bonda mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok royterachi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..Β
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedap suara Mateen, yang penting jari tu mainkan peranan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” 1st time dengar suara Aleefa nyanyi. Best sangat, merdu macam Arni. Awie dan Arni Nazira versi muda.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nyanyi dengan perasaan, sampai ke sini dik. Nangis dengar Thalita nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Weh aku yang risau dia jawab sepatah sepatah. Sejenis nak laju ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Part high note tu, fuh international. Auto lain lagu tu, memang meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wajah kali ni cantik sangat persis sama macam zaman kegemilangan Zahnita dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thalita ni dia ada aura macam ibu dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sedap suara anak dia, bakat dari ayahnya.. ” – Komen Netizen