Artis / Selebriti
” Family yang semua boleh menyanyi. Betul-betul ada darah seni suara.. ” – Komen Netizen
Video adik lelaki Amira Othman, Haiqal menyanyi ketika hari perkahwinannya sendiri raih perhatian warganet. Sedapnya suara adik Amira ni, serak-serak basah..
Beberapa hari lalu, telah berlangsungnya majlis perkahwinan adik lelaki kepada penyanyi terkenal, Amira Othman iaitu Haiqal bersama pasangannya dalam suasana penuh meriah. Majlis tersebut dilihat cukup indah dengan sentuhan adat serta dihadiri ramai tetamu yang hadir bagi meraikan hari bahagia pasangan ini.
Menerusi perkongsian oleh Amira sendiri di akaun TikTok miliknya, dia telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan momen istimewa ketika hari perkahwinan tersebut. Video berkenaan jelas memperlihatkan Haiqal membuat kejutan apabila menyanyikan sebuah lagu khas buat isteri tercinta di atas pelamin.
Kedengaran Haiqal menyampaikan lagu bertajuk Iris, nyanyian asal oleh Dato’ Awie. Alunan suara yang lembut dan penuh perasaan itu berjaya menyentuh hati ramai yang hadir, malah suasana menjadi lebih romantik dengan setiap bait lirik yang diluahkan.

Perkongsian video ini pantas menarik perhatian warganet di media sosial. Ramai yang memuji kemerduan suara Haiqal dan tidak menyangka dia turut memiliki bakat dalam bidang nyanyian, sama seperti kakaknya. Ada juga yang menyatakan bahawa persembahan tersebut sangat ikhlas dan penuh emosi.
Tonton video di bawah ini :
@amiraothmanofficial Sy forever peminat suara adik sayaa🥹🫶🩵
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Family Amira ni kan.. Mmg semua berbakat.. Dah la hensem, cntik, bijak2 semuanya.. Pastu penuh adab.. Mmg adore.. “
” Family yg semua boleh menyanyi…betul2 ada darah seni suara.. Fattah Amin sesuai dh masuk family Amira.. Anytime balik Johor boleh jamming 1 family.. “
” Tahniah sedap bukan setakat suara adik tapi juga suara suami tercinta.. Tahniah buat pengantin.. Semoga kekal hingga ke syurga.. “
” Semoga Haiqal dan Hasya kkal bahagia smpai syurga/kehidupan rumahtgga dilimpahi Sakinah Mawaddah Warahmah.. “
” Arghhh suara dorang semua sedap2.. Sweet sangat adik beradik ni.. Moga bahagia haikal & pasangan.. Amin.. “
” Adik Mira dah lah handsome. Suara pun sedap.. Moga bahagia sampai syurga Haiqal… Utk kak long bang long jugak.. “
” Sedapnya suara Haiqal.. Memang berbakat juga rupanya Haiqal ni menyanyi.. Tahniah, semoga berbahagia hingga ke syurga.. “
Lebih menyentuh hati, di penghujung video, kelihatan Amira sendiri tidak dapat menahan sebak selepas melihat adiknya selesai menyanyi. Reaksi tersebut jelas menggambarkan rasa bangga dan kasih seorang kakak terhadap adiknya yang kini melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok amiraothmanofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti7 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti6 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen

