Artis / Selebriti
” Teringat video ni keluar masa mula-mula Bella ditinggalkan. Sedih sangat masa ni.. ” – Komen Netizen
Video lama lakonan Bella Astillah dalam iklan Pak Mat Western kembali tular buat ramai tersentuh. Sebaknya tengok, Ayden dan Ara pun pandai berlakon..
Menerusi akaun Instagram Pak Mat Western, video lama melibatkan Bella Astillah bersama Pak Mat Western kembali tular di media sosial, sekali gus mencuri perhatian ramai netizen. Video ini dipercayai dirakam selepas fasa perpisahannya dengan Aliff Aziz.
Perkara itu membuatkan ramai netizen melihat rakaman tersebut dari sudut yang lebih mendalam, bukan sekadar video biasa tetapi simbol kekuatan seorang wanita bangkit selepas diuji. Menerusi video tersebut, Bella dilihat menunggang motosikal sambil membawa produk jualan Pak Mat Western untuk dipromosikan.
Situasi itu lebih menyentuh hati apabila dikaitkan dengan tanggungjawabnya sebagai ibu tunggal yang perlu membesarkan dua orang anak. Walaupun sekadar iklan, ramai yang menyedari bahawa apa yang dilakukan Bella ketika itu bukan mudah, namun dia tetap cekal demi memastikan anak-anaknya terus terjaga dan mendapat keperluan secukupnya.

Di media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan sebak melihat perjalanan hidup Bella. Ada yang memuji keberaniannya untuk bangkit selepas melalui episod sukar dalam rumah tangga, malah menyifatkan usahanya itu sebagai contoh terbaik buat wanita lain.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Wehhh pandai bawak motor. Kalau aku mampuih ketar habis hahahahahahahahaha langgar.. Bella serba boleh. Yb bertuah miliki Bella.. “
” Wahh.. walaupun video lama. Hri ni baru sy perasan vdeo ni… Ara… You are too too cute, teringat vid ni kluar masa mula2 bella ditinggalkan. Sedih sgt masani.. “
” Mesti ada sambungan dia ni………? Ironlady semua benda boleh buat. Meskipun video lama tapi kita tetap suka.ishhh yayang bellaastillah macam budak SPM jee.. “
” Aku sebak tengok video ni tak tau kenapa. ponteng sekolah ke ni pi jual kambing pulak dahh budak kecik ni Pandai pakmat bubuh lagu bunga larangann.. “
” Pandai bawa lori, pandai bawa motor, haritu ada nampak dia naik kuda lagi. Mantap gila kualiti yang Bella ada ni, HEBAT! “
” Comel la bella ni pandai bawak motor, kereta Lori Lepas ni buat laa bedio bella dg yb..pasti Meriah. Lawanya Bella pakai tudung manis sgt.. “
” Ini antara job iklan terawal selepas Berpisah. Sangat relevant masa tu sbb mmg tau susahnya nak bangkit dan menyara kedua anaknya.. “
Tularnya semula video ini bukan sahaja mengimbau kenangan lama, tetapi turut membuka mata ramai tentang sisi perjuangan sebenar Bella Astillah. Kini Bella antara wanita yang bahagia kerana bertemu dengan seseorang yang menghargainya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Pakmatwesterncafe
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti6 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kakak saya dapat inspirasi dari.. ” – Irfan Haris

