Artis / Selebriti
” Ya Allah, hahaha so funny. Siap ada serkup kepala bha.. ” – Bella Astillah
Video parodi YB Saddiq melamar Bella Astillah oleh penyampai radio Era Sarawak buat warganet terhibur. Bella pun terhibur tengok parodi ni. Part last tu ada plot twist. Kelakar betul, haha..
Sehingga ke hari ini, warganet masih belum move on lagi dengan majlis pertunangan Bella Astillah dan YB Syed Saddiq. Bukan biasa-biasa, cara YB Saddiq melamar Bella di atas Gunung Kinabalu pasti membuatkan warganet tersenyum mengingati moment tersebut.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era Sarawak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan penyampai radio Era Sarawak, Alisa Anak Spencer dan Ilmo Iltizam membuat parodi video YB Saddiq melamar Bella itu dengan caranya yang tersendiri.
Ilmo mengenakan baju Melayu agar kelihatan sama seperti YB Saddiq. Manakala Alisa pula menutup kepalanya dengan serkup seakan-akan Bella. Parodi Alisa dan Ilmo ini menggeletek hati warganet. Selepas part melamar di gunung dilakonkan semula, video berlari-larian di tepi pantai juga turut diparodikan.

Menonton parodi ini sehingga ke penghujungnya mengundang ketawa warganet. Plot twist yang disajikan oleh Alisa dan Ilmo memang tidak disangka. Romantisnya bukan main, rupa-rupanya hanya berangan sahaja. Team Era memang kelakar semuanya, seronok menyakat Bella dan YB Saddiq.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” First time ngga org propose pake skintific cushion haha.. Bencikkkkkkk!!! Hahahahahahahhaha series tok kalah k-drama.. “
” Berangan itu percuma, takpe faham-faham.. Laju korang eh.. comel je rupanya ada plot twist last sekali haha.. “
” Lepas ni mesti ramai buat, adoi hahah.. Alisa Alisa.. dah agak dah mesti akan ada parodi ni hehe.. “
” Ini BASS from Temu haha.. Parodi yang comel… terhibur tengok, letih ketawa haha.. drama Filipina ke ni haha.. “
” Hmm rupanya masih lagi status Ex haha.. Berekot-rekot padang jak.. xsah sik plh org perey nyaduak tok. cute ada jak.. “
” Lucu dan menghiburkan haha.. laju ya siap assignment korang.. ilmo.xammhd Patut melamar alisaspencer d gunong santubong hahahaha.. “
” Haha cute.. realiti tak seindah fantasi namanya ni.. bhahahhaha serkup palak siapa ndak d sembat nya hahahahha lisa², nang sot juak eh perey koh.. “
Komen Bella yang menarik warganet :

Parodi yang mencuit hati dan menceriakan petang hari warganet. Bukan main lagi Alisa berlakon menjadi Bella, lengkap dengan serkup kepala. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga ikut terhibur dengan parodi tersebut.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Erasarawak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti7 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti5 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen

