Artis / Selebriti
” Ernie patut win malam tu. Saya tak puas hati, saya tanya abang Ajai.. ” – Hafiz Suip
Video Hafiz Suip pecah rahsia apa yang berlaku di sebalik kemenangannya ketika AJL34 mengalahkan Ernie Zakri yang ramai tak tahu. Eh, serius lah Hafiz macam tu..
Nama Hafiz Suip kembali menjadi sebutan setelah membuat comeback untuk Anugerah Juara Lagu. Sekian lama Hafiz menyepi dan hilang dari radar peminat, kehadiran Hafiz kali ini diharapkan dapat mencipta kejayaan baru yang boleh menaikkan kembali semangat Hafiz yang hilang.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ohbulan_videolab, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Hafiz menjadi artis undangan untuk Podcast Show Dalam Bilik oleh Ohbulan Official. Hafiz kelihatan ceria dan sangat sporting sepanjang podcast berlangsung.
Banyak yang dikupas dalam podcast ini dan salah satunya mengenai pertikaian kemenangan Hafiz di AJL34 mengalahkan Ernie Zakri. Hafiz membawakan lagu Kisah Cinta Kita, manakala Ernie pula menyanyikan lagu Ku Bersuara dalam pertandingan sengit itu.

Hafiz mengakui Ernie sememangnya hebat pada malam itu sehinggakan dia sendiri pergi bertanya kepada Ajai sebab mengapa bukan Ernie yang menang. Rasa tidak puas hati Hafiz itu dibalas dengan jawapan yang cukup padu daripada Ajai. Itu rupa-rupanya yang membezakan antara Hafiz dan Ernie.
Jom tonton video di bawah ( tonton video penuh di hujung artikel ) :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 100 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hafiz Suip mmg bagus. Vokal mmg mantap. Tapi, Ku Bersuara will always be a memorable performance that night and deserve an award.. “
” Dia mmg layak pun malam tu . takde pertikaian yg pertikai tu BBNU tak kenal hafiz . bfore ernie, hafiz dah banyak kali menang vokal dah. . bukan first time menang.. “
” Kau memang layak menang pis.. sampai sekarang masih pertikai kemenangan kau pis vocal terbaik. Orang kata Ernie sepatutnya menang dan bla..bla. kalau Allah dah tulis hari itu rezeki kau pis tetap rezeki kau pis.. “
” Terima kasih ohbulanofficial jemput Hafiz. Seronok tengok Hafiz kembali ceria dan bersemangat macam ni.. bagus hafiz ni.. “
” Dah bagitau dah byk kali dari zaman hafiz menang mlm tu, feel hafiz mengaumi vokal pada mlm tu smpai kan penyampaian tu sampai.. “
” Ernie perfect teknik malam tu… tak ada slack langsung, tapi emosi oleh hafiz lebih sweet … mengagumi 1 dewan.. apa apa pun tetap minat lagu lagu Hafiz.. “
” Takpe hafiz yg penting tokti dato awie dato jamal abdillah pn acknowledge hafiz seorg penyanyi yg bgus . lepas ni jgn kecik ht lg n terus menyanyi k.. “

Baik Hafiz mahu pun Ernie, kedua-duanya penyanyi yang hebat dan punya suara yang merdu cuma rezeki lebih memihak kepada Hafiz pada ketika itu. Apa-apa pun, good luck Hafiz untuk final AJL akan datang dan lakukan yang terbaik kerana ramai yang ingin melihat Hafiz menang.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ohbulan_videolab, Youtube Channel Ohbulan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga3 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

