Artis / Selebriti
” Emma, agak2 Ami mahu rujuk tak ? ” – Netizen
Ditanya Mengenai Adira Suhaimi Dan Dato’ Red Ketika Live, Ini Jawapan Kakak Adira, Emma Suhaimi. Emma Turut Dedah Sikap Dato’ Red Yang Ramai Orang Tak Tahu !!
Menerusi akaun Tiktok Putehhhx, telah dikongsikan satu video yang memaparkan kakak kepada Adira Suhaimi, Emma Suhaimi menjawab beberapa persoalan daripada warganet ketika sedang sedang live. Soalannya tidak lain tidak bukan, mengenai hubungan Adira dan mantan suaminya, Dato’ Red.
Emma antara pemegang besar rahsia Adira dan tahu banyak mengenai perkahwinan adiknya ini. Kata Emma, dari pandangan matanya, dia tahu Adira dan Dato’ Red masih saling sayang menyayangi. Ada juga yang bertanyakan sebab mengapa pasangan itu berpisah dan jawapannya itu adalah yang terbaik untuk Adira dan Dato’ Red untuk masa sekarang.
Selain itu, Emma turut mendedahkan sikap Dato’ Red yang mungkin tidak ramai yang tahu. Suami yang tidak banyak cakap dan tidak cerewet, Dato’ Red boleh dikategorikan sebagai suami yang baik. Dato’ Red juga sangat baik hati dan tidak boleh melihat orang susah.

Sikap baik Dato’ Red itu juga lah yang membuatkan Dato’ Red ditimpa musibah. Terlalu mudah mempercayai orang dan senang ‘digula-gulakan’. Ramai yang bersimpati dengan nasib Dato’ Red. Sikap baiknya itu dipergunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Jom tonton video di bawah :
@putehhhx Tea 🫖 #datored #abgred #datoredacaps #datoredadira #abgredami #adirasuhaimireal #adirasuhaimidatukred #abgredadiraami #adirasuhaimi #adirasuhaimidatored
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 300 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kakak iparnya pun sempoi habis.. ini tandanya dato red ni baik orangnya.. Sporting betul emma ni.. ”
” Faham rindu rinduan 9 thun hidup bersama, semoga ada harapan utk brsma semula demi anak-anak.. ”
” Terbaik lah kakak adira. spotting betul.. terlampau baik sangat, sampai diri sendiri kena tipu.. kesian abgred78 . semoga dipermudahkan urusan sentiasa.. ”
” Emma, agak-agak ami mahu rujuk tak? Tolonglah satukan dia orang balik.. Ami dengan abg red nampak lagi serasi. abang red nampak selesa dengan ami.. ”
” Semoga dorang ada jodoh lagi. cuba Emma cerita sikap dato red.. suami adira ni baik sangat.. jangan berpisah, kesian anak.. ”
” Betul boleh tengok dato red jenis yang lurus.. dia sangat soft spoken je. kami rindu ami dengan dato red.. ”
” Semua mendoakan mereka berjodoh semula Emma. dato red ni mudah percaya orang.. lurus dan jujur sampai kena t1pu.. ”
Sisi lain Dato’ Red yang hanya orang terdekat dan kaum keluarga sahaja yang mengetahuinya. Semestinya Adira ada sebab tersendiri untuk mengambil keputusan berpisah. Walau apa jua yang terjadi, sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk Adira dan Dato’ Red.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Putehhhx
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen



