Artis / Selebriti
” Dulu ramai tanya pasal tangan kanan Ayash. Sebenarnya Ayash.. ” – Shuib Sepahtu

Video Shuib Sepahtu menjelaskan mengenai masalah tangan kanan yang dihadapi oleh anaknya, Ayash Affan. Patut lah Ayash jadi macam tu. Harap dah tak ada yang tanya dah lepas ni..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ayash Affan Fans 2, telah dikongsikan video yang memaparkan Shuib menerangkan kepada warganet mengenai masalah tangan kanan yang dihadapi oleh anak bongsunya, Ayash Affan. Memang ramai yang bertanyakan perihal tangan kanan Ayash sebelum ini dan Shuib terpanggil untuk berkongsi cerita.
Kata Shuib, disebabkan Ayash lahir tidak cukup bulan menyebabkan ada komplikasi terjadi pada Ayash. Pastinya warganet masih mengingati rentetan peristiwa ketika Ayash dilahirkan dan perginya seorang insan kesayangan ramai, arwah Siti Sarah Raissuddin.
Ayash lahir ketika baru 6 bulan dalam kandungan ibunya. Halus dan hanya seberat 1.3 kilogram, Ayash disifatkan sebagai bayi ajaib oleh doktor yang menguruskan operasi pembedahan Siti Sarah pada ketika itu. Cerita Shuib lagi, 8 saat Ayash tidak bernafas setelah dilahirkan dan doktor terpaksa memasukkan tiub untuk memberi tekanan pada jantung.
Masalah tangan Ayash mula disedari ketika Ayash berusia 2 tahun. Jari jemari tangan kanan Ayash sentiasa digenggam dan tidak boleh digerakkan. Namun itu berjaya diatasi dengan beberapa rawatan dan kini Ayash sudah boleh menggunakan tangan kanannya dengan elok.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ayashaffans2 Daddy explain kenapa dengan tangan kanan Ayash #shuibsepahtu #ayashaffan #anakbijakpandai
@ayashaffans2 Sambungan kisah Ayash Affan…#shuibsepahtu #ayashaffan #anakbijakpandai
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Betul la ada yg tegur psl tgn kanan dia tu. Org tu komen suggest bwk pi check. Sekali org tu kena kecam sibuk ank org. xpepsal haha rupanya btul ayash ada problem tgn dia. Smoga blh normal smula.. “
” Yang ada anak premia je faham perkembangan anak-anak ni.. subhanallah jati muka arwah.. Allah ambik tp Allah gantikn dgn tanda cinta abadi.. “
” Alala pelat pelat pun comel cakapnya.. Ayash anak yang soleh.. bgusnya abg2 kakak dia nmpk sama2 btgjwp mngajar adikk.. “
” Tu lah kelebihan anak bongsu… kakak abang semua fokus dekat adik… bila adik learn something new, kakak abang mcm pasukan sorak.. “
” Syukurlah.. ank teristimewa. ank ajaib.. sama mcm Sy ada juga ank ajaib.. insyaallah pembawa rezeki.. “
” Ayash dah makin pandai sekarang.. muka ibu betul. anugerah terindah.. Ayash dah pandai speaking.. bijak bijak.. “
” Semoga d permudahkan urusan adik ayash dan d beri kesihatan yg baik.. klau 6bulan dh lahir.. antara 26-29w kan.. mcm ank sye 25w.. ank prem ni kuat & bijak.. “
Anugerah terindah dan peninggalan terakhir arwah Siti Sarah yang cukup bermakna untuk Shuib. Allah mempermudahkan segala urusan Shuib dan semoga Ayash membesar dengan sihat dan sempurna. Semoga Ayash happy selalu dan menjadi anak yang soleh.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ayash Affan Fans 2
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Ya Allah pilu rasa hati ni tengok keadaan kereta mangsa. Terbayang macam mana diorang nak selamatkan diri.. ” – Komen Netizen