Artis / Selebriti
” Dia punya seram tu Allah je tahu, thank you Qawiy.. ” – Shukri Yahaya
Video Abdul Qawiy Aro Terjah Shukri Yahaya Untuk Membaca Surah Al-Quran Raih Perhatian Ramai. Terus Cuak Muka Shukri Bila Nampak Qawiy. Tak Sangka, Padu Betul Bacaan Shukri !!
Bagi yang pernah mengikuti Abdul Qawiy Aro di akaun Instagramnya pasti mengetahui Abdul Qawiy atau lebih dikenali dengan panggilan Qawi suka berkongsi video Tebok Al-Quran. Untuk pengetahuan semua, Qawi pernah menuntut di Madrasah Darul Uloom Zakariyya, Johannesburg, Afrika Selatan.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Qawi, telah dikongsikan video yang memaparkan Qawiy menerjah pelakon Shukri Yahaya. Menerusi video itu, kelihatan Shukri sedang melakukan sesi bergambar untuk baju Melayu sempena hari raya bakal tiba.
Qawi terus datang kepada Shukri dan meminta maaf kerana kehadiran terjahnya itu tidak diberitahu. Kelihatan wajah Shukri pada mulanya agak terkejut dan cuak. Qawi membaca satu ayat surah Al-Fiil dan meminta Shukri menyambung membacaannya. Reaksi Shukri pada awalnya agak gugup dan akhirnya dia membaca dengan tenang.
Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ada peminat mengatakan terhibur melihat reaksi wajah Shukri dan menyukai bacaan Shukri itu. Sehingga kini, video tersebut menerima ratusan komen serta puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsin video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aku pulak goyang weh. Haha. Alhamdulillah, terbaik.. Bila secara tiba2 ni, risau juga takut lupa surah yang nk dibaca tu walaupun surah itu ringkas.. “
” Bukn kiraa surah tu senang atau tak.. Nerves tb2, slp2 kalo soh bca alfatihah neves td terus lupa.. Apapun tahniah, sukaa lah terjah2 bcaan quran ni.. “
” Muka Shukri nervous teroks weh, hahahaha.. Kalau aku pun tba2 mahu tak nervous.. Tabik lah boleh baca dengan baik.. “
” Alhamdulillah. Al Quran dimana2 utk Qawiy & team. Semoga istiqomah & dipermudahkan urusan.. Suka dengaan terjah mengaji ni.. “
” Cuak habis muka Shuk, hahahaaa.. Mahu tak goyang.. Apa2 pun terbaik lah.. Macm ni lah yang kita mahu.. Sentiasa ingt pada Al Quran.. ”
” Kesian weh tengok mua Shuk awal2 tu, hahaa nampak seram dia tu bila nampak Qawi datang.. Semoga Allah sentiasa merahmati Shuk sekeluarga.. “
” Wala pun simple tak semua orang nak hafal.. Kira ok mcm ni content saya suka.. Next siapa lagi mangsa terjah Qawi, hehe.. “
Respon Shukri di ruangan komen :
Cuak sungguh muka Shukri apabila nampak Qawi. Siapa tak ‘seram’ kan, tiba-tiba terjah minta menyambung bacaan surah yang diberikan, silap- silap surah yang mudah dibaca pun boleh jadi lupa gara-gara gugup. Walaubagaimanapun Qawi sendiri mengakui bacaan Shuk itu ‘power’.
Silakan SHARE..
Sumber : IG qawiyaro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Talita dah besar tone suara macam ibu. Suara serak serak macam tu, sebijik tau gaya Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Clean la, suara tak goyang, nafas pun clean. Power betul suara Hafiz, suara telan kaset.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza