Artis / Selebriti
” Dia macam tengah digest apa Nana dia cakap, comel sangat.. ” – Netizen
Video Sheila Rusly Sedang Marah Cucunya, Bunga El-Haq Raih Perhatian Warganet. Haa Sekali Nanna Membebel, Masak Lah Telinga Bunga Mendengarnya. Comel Sungguh Reaksi Bunga Terpinga-Pinga Sambil Angguk-Angguk Kepala. Macam Faham Sangat Je !!
Anak sulung Elisya Sandha, Bunga El-Haq sememangnya menjadi kesayangan keluarga terutamanya untuk Sheila Rusly dan Jinggo. Menggelarkan diri sebagai Nanna dan Dadda, Sheila dan Jinggo rajin melayani Bunga dan membawa Bunga keluar bersiar-siar.
Buat masa sekarang, Bunga satu-satunya cucu yang Sheila ada. Kata orang, kalau dengan cucu ini, automatik nenek dan atok akan cair dan tidak akan sesekali marah. Namun tidak untuk Sheila dan cara asuhannya ini memang perlu ada supaya si kecil boleh menjadi lebih baik.
Meninjau akaun Instagram Sheila Rusly, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Sheila membebel kepada Bunga ketika berada di dalam kereta. Panjang juga bebelan Nanna kali ini dan banyak teguran yang diberikan kepada cucu kesayangannya ini.

Antara yang ditegur oleh Sheila adalah sekiranya berada di hadapan ramai orang, Bunga perlu behave dan tidak boleh terjerit-jerit. Alamak Bunga suka campak barang atas lantai, manalah Nanna tak bising. Reaksi muka Bunga sangat comel, Bunga hanya diam sahaja sambil mengganggukkan kepala.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 41 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haa kan dah kena mar4h haha.. Cute betul, dia macam ‘ whattttt’. nana sayang sbb tu m4rah … sama mcm cucu saya tp bila dh pandai ckp dia tanye kita “nekma tk sayang kakak ker”… kenelah explain kenape nekma m4rah.. ”
” Muka Bunga cute je.. bunga cakap nana ni bebel macam Opah Opah pulak dah lah daddy pun bebel …. stedy nana .. dada juga best cool jer hehehe.. ”
” Macam faham sangat ni.. good job nanna.. semoga bunga menjadi good girl dan anak yang solehah.. ”
” Hahahaha ger4m kan kita saja m4rah nak nengok dia.. macam faham je dia. diam siap angguk kepala lagi tu.. ”
” Memang kena m4rah sebab Nana sayang lah.. comel jer Bunga terpinga2 cuba faham nape Nana m4rah.. Nanna m4rah tapi Nanna la terpaling sayang dia tu.. ”
” Dia macam “nanaaaa bukan sayang bunga ke ?? Kenapa m4rah bunga..” hahaha.. reaksi muka tu kita lak naik ger4m tengok haha.. ”
” Nampak sngt faham tu bila kena m4rah.. nana dia la terpaling syg bunga.. Dia mcm tgh digest apa Nana dia cakap.. laju sangat Bunga tgh susun balik perkataan. Comei g1la muka blur Bunga.. ”
Alahai kena marah pun comel muka tu Bunga. Bukan Nanna suka-suka hendak marah tetapi teguran supaya Bunga menjadi seorang yang baik dan ada adab yang tinggi. Muka Bunga yang terpinga-pinga, siapa lah yang tak geram kan. Comel sangat lah Bunga El-Haq.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sheila Rusly
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Live dah sesedap ni, final nanti tentu gempak ni. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen

