Connect with us

Artis / Selebriti

” Tegak bulu roma dengar Amir nyanyi lagu ni. Tanpa muzik pun merdu.. ” – Netizen

Video Adik Amir ‘Berkempen’ Supaya Menonton Persembahannya Dalam The Chosen One Minggu 3 Raih Perhatian Warganet. Wah Payung Lagu Coach Sendiri Nampak. Sedap Dengar Lagu Luk4 Versi Amir Ni. Ramai Yang Tak Sabar Nak Tengok Amir Malam Nanti !!

Di sana sini, nama adik Amir daripada program realiti The Chosen One hangat diperkatakan. Ramai yang meminati adik Amir sejak terpaut hati dengan suara Amir dari minggu pertama rancangan ini bersiaran. Ternyata coach Amir iaitu Putera Muhammad tidak silap membuat pilihan dengan memilih Amir.

Malam ini bakal menyaksikan semua peserta berentap bagi minggu ketiga dan Amir antara peserta yang dinanti-nantikan oleh ramai penonton. Untuk makluman, Amir bakal membawakan lagu Cinta Sampai Mat1 dendangan asal Raffa Affar.

Menerusi akaun Tiktok Termoj Production, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amir membuat ‘ pesanan ‘ kepada semua peminatnya agar tidak terlepas melihat persembahan Amir pada malam ini di saluran Astro Ceria.

Sebelum itu, Amir menyanyikan sedikit bait lagu coachnya iaitu lagu Luk4. Ramai sedia maklum lagu ini antara lagu h1ts Putera Muhammad bersama band nya, Madam. Wah baru menyanyi sikit sudah sedap, kalau dapat berduet dengan coach tentu gempak ni Amir.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ):

@termoj.production6

#fypシ #diaridaripedalaman #termojproduction #adikamir #astroceria #amirthechosenone #fyp #EvolusiBintangBaharu

♬ original sound – Termoj Production – Termoj Production

Sehingga kini, perkongsian ini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Bawa lagu apa pun adik amir ni lenggok suara dia mmg trbaikkk dikkk.. Semalam cg adik amir by live wow 1m ni pulak dgaq adik amir nyanyi.. ”

” Yeayyy.. mlm nie buka tv nk tengok adik amir je the choosen one.. sedap nye lah suara…. bergaya dgn rambut baru…. bertambah comei lah pulok.. ”

” Tegak bulu roma dengar Amir nyanyi lagu ni.. Tanpa muzik suaramu adik Amir tetap merdu.. payung lagu coach siap ni.. versi besttt.. ”

” Wow boleh bawa lagu coach Putera Muhammad dia la.. best versi Amir, mendayu-dayu dan lunak merdu.. nanti duet dengan coach eh, confirm best.. ”

” Nyanyi sedap, baca quran merdu, nasyid pon best. Pakej adik amir ni . Moga terus sukses. setiap hari rabu memang tunggu Amir cute.. ”

” Suara pun dah macam microphone, sedap. Bagi la dia lagu apa pon..rock ke,irama Malaysia ke tetap la mendayu2 aek.. ”

” Powernya suara Amir ni. Tone tu, nyanyi lagu apa pun jadi lagu dia. Amir nyanyi lagu coach syoknya dengar.. steady siap garu telinga tu.. ”

Wah Amir sudah hafal lagu coach lah, nanti jumpa coach boleh lah berpadu suara. Ramai yang tak sabar untuk melihat persembahan Amir malam nanti. Apa-apa pun, semoga segala urusan Amir dan coach Putera Muhammad dalam perjuangan ini berjalan dengan lancar dan beroleh kejayaan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Putera Muhammad, Tiktok Termoj Production

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT