Artis / Selebriti
” Di waktu dikau dilahirkan, kegembiraan Abah Umi ditambah tanpa disedari.. ” – Haris Ismail
Perkongsian Haris Ismail Sempena Ulangtahun Kelahiran Anaknya, Abdullah Abbas Yang Pertama Menyentuh Hati Ramai. Ucapan Yang Tulus Daripada Hati Seorang Ayah. Ayat Last Tu Paling Touching !!
Pejam celik, pejam celik, tidak terasa setahun sudah berlalu sejak Neelofa melahirkan cahayamata keduanya, Abdullah Abbas. Tanggal 11 Julai 2023 mencipta satu lagi kebahagiaan buat Neelofa dan Haris Ismail apabila Abbas selamat dilahirkan. Hari ini, Abbas telah pun genap setahunusianya.
Menerusi perkongsian Haris Ismail di akaun Instagramnya, telah dikongsikan sekeping gambar Abbas serta kapsyen yang menyentuh hati ramai warganet. Ucapan yang puitis dicoretkan untuk anakanda Abbas sebagai memori yang Abbas dapat membacanya apabila besar nanti.
Haris meluahkan rasa sayangnya terhadap Abbas dan menyifatkan kehadiran Abbas hadiah yang tidak ternilai daripada Sang Pencipta. Harapan Haris terhadap Abbas agar anaknya ini menjadi pencinta Al-Quran kerana itu lah yang lebih berharga daripada harta dunia.

Impian semua ibu bapa untuk anaknya menjadi anak yang soleh dan mempunyai pegangan agama yang kuat dalam diri. Ayat akhir Haris meminta agar Abbas mendoakan dirinya dan Neelofa andainya umur mereka tidak panjang menyentuh hati ramai. Sayu sungguh membaca kapsyen Abah Abbas ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Haris ini telah pun meraih hampir 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” MasyaAllah.. caption abah sedih baca.. buat Abbas penyejuk mata Ummi dan Abah, semoga setiap bait dan doa ini Allah s.w.t kabulkn.. ”
” Allahuakhbar.. yang last tu nangis baca. Ya hakikatnya benar kita akan meninggalkan dunia suatu hari nanti.. Sanah helwah Abdullah Abbas.. ”
” Caption yg sgt menyentuh hati.. Happy birthday anakanda Abdullah Abbas, semoga membesar menjadi anak yg soleh kebanggaan Nabi.. ”
” Segala yang terbaik di sisi Allah untuk Abdullah Abbas.. menitik air mata baca ucapan abah untuk abbas.. ”
” Caption sayu, Alhamdulillah genap setahun Abdullah Abbas… Semoga membesar mnjadi ank yg soleh dunia akhirat aamin.. ”
” Comelnya Abbas, muka abah ni.. Sebaknya baca ucapan Haris untuk Abbas.. besar harapan Abah untuk Abbas.. ”
” Aamin sedih la pulak baca.. best caption ever.. sedihnya betul-betul dari hati ayat haris ni.. selamat ulangtahun abbas.. ”
Tiada apa yang lebih penting buat seorang ayah selain kejayaan anaknya dunia dan akhirat. Semoga segala apa yang Haris impikan untuk Abdullah Abbas akan dimakbulkan Allah. Selamat ulang tahun kelahiran hero abah yang comel dan terus membesar dengan sihat Abbas.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Haris Ismail, IG Neelofa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen

