Artis / Selebriti
” Dekat mana ada tunang aku dekat situ lah dia ada ye.. ” – Erma Fatima

Video Erma Fatima bermonolog mengusik Amira Othman dan Fattah Amin buat ramai terhibur. Alamak ‘tunang’ Fattah ni garang betul eh. Siap nak korek-korek mata Amira lagi. Komen Amira pun kelakar. Masuk air juga Kak Long ni, haha..
Baru-baru ini, ketika Fattah menganjurkan satu majlis iftar bersama anak-anak yatim, ramai rakan selebriti yang dijemput termasuk lah Amira Othman, Erma Fatima, Umie Aida dan ramai lagi. Erma antara selebriti yang rapat dengan Fattah kerana Fattah banyak membintangi drama keluarannya.
Jika sebelum ini Erma ada kongsikan video menyakat Amira dan berlakon seperti tidak sukakan Amira kerana sedondon dengan Fattah, drama itu belum tamat di situ sahaja. Masih ada sambungan part 2 dan kali ini ianya lebih menggeletek hati warganet.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Erma Fatima, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Erma bermonolog sendiri sambil menunjukkan gelagat Amira bersama ibu Fattah, Azizah. Dialog Erma itu mengingatkan semua drama lakonannya sebagai Mokcun.
Ibu Azizah pula sangat sporting dan melayani sahaja drama Erma. Amira sememangnya kelihatan rapat dengan Fattah dan Fattah menggelarkan Amira sebagai teman sekerja. Seorang tunang dan seorang teman sekerja, dua-dua pun ibu Azizah suka, hehe.
Jom tonton video di bawah :
@ermafatimarahmad Hati aku geram membara kat rakan kerja tunang aku ni. you @fattahamin jgn mcm2 yer.
♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tak dapat bayagkan kalau fattah dgn Amira atas pelamin .. dato CT pulak tgh merenjis.. mcmana agaknya reaksi ‘tunang’ abg long ni eh haha.. “
” Mendonia abglong ye dengan erma, mak semah, nora danish, jakelina haha.. harap ending drama ni dgn kaklong hahahah.. “
” Garangnya tunang fattah ni, larikkk fattah lariiikkkk.. lariiik jauhh sikitt ada teman kerja menunggu.. “
” Acik azizah pun layankan jea… sporting.. Kalo wat cerita ibu azizah bleh jdi mak mertua ni hehe.. Ni kalau fattmira naik pelamin.. mau menangis mokcun..”
” Rebut jgn tak rebut kak long…. kak Erma tunang ja hahaha.. kak long lagi lesen besar teman kerja Abg long.. “
” Kak erma ni kann haha.. buat kita rindu vibes Mok Cun pulak hahahah.. Memasing tak rilek ek hahahaa lawak lah. Thibur netizen tgk.. dh lah main lawan2 bg gift mse fattah live kemarin.. “
” Kelakar la kak erma punye monolog.. boleh buat drama Ni.. drama komedi serius.. Tunang tapi dianggap “mama” oleh abg long.. Teman kerja tetap pemenang. lawaklah kak Erma ni.. “
Komen Amira juga mencuit hati. Kak Long pun pandai bergurau, kelakar sungguh :
Terhibur warganet mendengar monolog Erma itu. Gelagat ibu Fattah pun menambahkan lagi rencah untuk drama pendek Erma ini. Kelakar juga apabila Erma ‘berebut’ Fattah dengan Amira ini. Kalau dibuat drama, confirm meletop dan menjadi drama pilihan ramai.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Erma Fatima
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar