Connect with us

Artis / Selebriti

” Dato’ Red tengah tahan gelak weh. Aku pulak tak tahan berdekah, haha.. ” – Netizen

Rakam Video Tikt0k Bersama Suaminya, Gelagat Adira Dan Dato’ Red Buat Warganet Terhibur. Ad0i Mimik Muka Adira Tu Lawak Betul. Dato’ Red Pun Jenuh Tahan Gelak. Masuk Air Betul Laki Bini Ni, Haha !!

Bagi yang mengikuti Adira Suhaimi, tentunya sudah masak dengan perangai Adira yang suka membuat video-video kelakar. Ada sahaja idea Adira menghasilkan video yang menggeletek hati warganet yang menontonnya. Memang tak kering gusi melihat telatah Adira.

Jika sebelum ini, Adira bersama madunya, Datin Red membuat video bersama. Kali ini suaminya pula menjadi ‘mangs4′ Adira. Meninjau akaun Instagram Bo0m Malaysia, telah diulangsiar satu video dari akaun Tikt0k Adira.suhaimi yang memaparkan gelagat Adira bersama Dato’ Red.

Adira yang duduk di atas sofa membuat mimik muka sambil melipat kain. Manakala Dato’ Red pula duduk bersila di bawah sambil meriba anak lelakinya, Ayub. Apa yang membuatkan warganet tergelak adalah respon Dato’ Red yang menunjukkan wajah selambanya itu.

Sesekali kelihatan wajah Dato’ Red sedang menahan ketawanya. Mana lah boleh tahan dengan aksi lucu isteri sebegini. Adira pun bukan main lagi ekpresi muka, siap melib4s tudung lagi ye. Nasib lah Dato’ Red dapat isteri yang lawak seperti Adira.

Jom tonton video di bawah :

Video Gelagat Adira dan Dato’ Red ini telah pun meraih banyak likes daripada warganet. Rata-ratanya terhibur dan antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Dengan laki dia yang boleh tahan gelak tu haha. Aku rasa la dah berjangkit dengan Adira haha.. Lama-lama Dato Red boleh join dengan laki Ain Edruce haha.. ”

” Best actress in TikTok… husband buat toye je.. malas aku layan haha. Kelakar lah Adira ni.. dengan Dato’ Red pun terjebak sama kali ni haha.. ”

” Terhibur dengan gelagat Adira dan husband dia ni. Part last tu nyaris-nyaris Dato’ Red nak geleng kepala tengok gelagat Adira haha.. ”

” Untuk pertama kalinya nampak Adira buat content dengan Dato’ Red haha. Boleh Dato’ Red tahan ketawa eh haha.. sikit hari nanti dato’ red jadi macam Mirul hehe.. ”

” Dato’ Red tahan gelak ke tu haha.. kalau kita dah tersembut ketawa haha.. adui lawak betul Adira ni. Dato’ Red pun sporting, melayan je perangai bini masuk air.. ”

” Adeh reaction dato red macam husband ain edruce la haha.. mimik muka tu, dato’ red redha dalam terpaksa haha.. ”

” Dato’ Red tengah tahan gelak weh haha.. aku pulak tak tahan berdekah tengok video ni.. Adira patut jadi pelawak lah.. ”

Alahai lawak sungguh Adira ini, macam mana lah agaknya Dato’ Red boleh menahan ketawa dengan perangai g1la-g1la Adira ini. Yang last tu nasib tak tersembur ketawa Dato’ Red. Jenuh tahan gelak gaya mukanya itu. Apa-apa pun, semoga berbahagia selalu Adira dan Dato’ Red.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bo0m Malaysia, Tikt0kΒ Adira.suhaimi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT