Artis / Selebriti
” Dapat mesej gini pagi-pagi terus dok mikir sepanjang jalan.. ” – Watie Hanifiah
Watie Hanifiah Kongsi Paparan Mesej Whatsapp Bersama Anaknya, Talita Buat Ramai Tersentuh. Sebaknya Baca Apa Yang Dekta Tulis Tu, Jangan Nangis-Nangis Lagi Dekta !!
Meninjau ke akaun Instagram Watie Hanifiah, perkongsian Watie yang memaparkan mesej whatsapp antara Watie dan Talita atau Dekta telah meraih perhatian ramai. Dekta meluahkan rasa rindu kerana mummy Watie sedang berada di Sarawak atas urusan kerja.
Apabila membaca luahan hati Dekta ini dapat dilihat betapa rapatnya Dekta dengan Watie. Malah respon yang diberikan oleh Watie juga sangat sweet. Menurut Watie, inilah antara sebab mengapa Watie lebih suka berjalan bersama anak-anak.
Ini kerana mereka seperti tidak boleh berjauhan dengan Watie. Watie juga berkongsi tentang perangai Dekta yang gemar bertanya tentang sayang. Tetapi Watie menyatakan kasih sayang terhadap anak-anak adalah sama dan kesemuanya tiada yang kurang.

Perkongsian Watie ini telah menerima lebih 19 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Tujuan Watie memuatnaik komunikasi whatsapp ini sebagai tanda kenangan dan memori buat Dekta apabila dewasa kelak.
Jom lihat perkongsian di bawah ;
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen terhadap Watie. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Dulu waktu siti sarah meninggal semua menangis, harini menangis lg sbb anak2 dpt ibu yg baik.. mamy dh jdi mamy trbaik sngt dh tu untk anak2.. “
” Watie, u are doing what many other women they as a mother cannot even do. Married and given 5 kids. With ur heart so big to fill in those gaps of their lost. U are a mother. Beautiful one.. “
” Watie please tetap mcmni sampai bila2 yee.. Sebagai org luar, kita suka sgt2 tgok kehidupan watie dan anak2 shuib sekarang., sifat mcmni supaya jd contoh buat ibu2 tiri yg lain.. tak semua boleh jd mcm watie.. “
” Sedihnya baca part ‘ dekta terbangun. dekta rindu mummy, pukul 3.30 pagi tu ws mummy dia sebab mimpi mummy. Allahuuu.. tersentuh hati mesti wati seorang ibu yg sgt baik.. “
” Semoga keluarga ini sentiasa berkasih sayang sampai syurga suka sgt tgk bonding korg sekeluarga. Dah jdi sorang ibu yg sngt baik .. smoga sntiasa dlm lindungan nyaa yaa Watie n fmly.. “
” Untung dapat mak tiri macam ni. Kasih sygnya tak plastik nampak ikhlas & anak anak pun sayang.. alhamdulillah… keluarga bahagia.. “
” Alahaiii, susah nye org yg punya hati tisu, nmpk n baca ncm ni je pon air mata auto jatuh laju².. haishhh masuk habukk pulak mata ni.. “
Bertuah buat anak-anak Shuib dan arwah Siti Sarah kerana mendapat seorang pengganti ibu yang menyayangi mereka seperti anak kandung. Semoga hubungan Watie dan anak-anak ini sentiasa berkekalan dan berbahagia selalu. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti4 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen

