Artis / Selebriti
” Dapat kat Qadeejah terus jadi slang mat salleh, haha.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Aliff Syukri dan keluarga menyanyi karaoke berantai lagu raya buat ramai terhibur. Bila part Qadeejah je terus lagu raya bertukar slang mat salleh. Lain macam betul bunyinya, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Datin Nur Shahida, perkongsian sebuah video yang memaparkan keluarganya menyanyi karaoke berantai lagu raya telah meraih perhatian ramai. Lagu tersebut dimulakan oleh anak perempuannya, Qadeejah atau mesra dipanggil Cess.
Ketika Cess menyanyi hampir tidak dapat kenalpasti lagu apakah yang dinyanyikan. Lain sangat bunyi slang Cess menyanyi lagu bahasa Melayu. Macam orang putih menyanyikan lagu Melayu sahaja. Ahli keluarga yang lain tidak dapat menahan gelak tawa.
Kemudian disambung pula oleh Dato’ Aliff Syukri. Seperti biasa, ramai sudah mengetahui suara Dato’ Aliff apabila menyanyi. Datin Shahida pula sehingga memuji suara kedua-duanya di ruangan komen. Memang kelakar lah keluarga ini, semua masuk air.

Perkongsian video ini telah menerima lebih enam ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Namun begitu ramai netizen yang kecewa kerana Datin Shahida tidak menunjukkan video ketika dia sedang menyanyi.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Ammar masih kontrol xnak gelak takut dosa letewww .. Dato plssss jgn nyanyi. Dapat kat Qadeejah terus jd slang mat salleh..hahaha .. “
” Ni lagu raya kt portugal, x pun sepanyol.. Dato klu tk buat kelakar tk sah… Suka tgok gelagat family nie. cantiknya yg purple tu.. “
” Wow gifted betul suara dato, suara dato sangat amazing omg, terkesima saya.. Datang lah ke payakumbuh datuk.. Qadeejah ni sebijik copy paste ayah dia.. “
” Semua ensem cantik. Nampak mahal dan mmg mahal. Ayam deh lapek.. Bonda langsung ketawa. Yaaa Allah keluarga ni niaga je laaa takyah nyanyi.. “
” Datin Sri punya gelak. MasyaAllah cantik2 anak nya . Yg aku tahu. Datin Sri je yg boleh nyanyi. Patut awet muda Datin.. “
” Tp dato sbnrnya suara dia ok la. Helok ja. Dia sengaja buat suara dia sumbang sbb nak kutukan dr netizen. Padahal mak dia yg penyanyi nasyid berjaya dulu.. yg lain tu acah2 .. “
” Cantiknyaa cess..mama pun cantik. Bisnes la cukup Dato..suara tu biarlah terpendam lama mana pon.. Mana lagu raya dato…bestla lagu raya dato yg dulu2 tu kelakar meriah hari raya kita… “
Walaupun masing-masing mempunyai keunikan tersendiri ketika menyanyi, apa yang penting ialah confident. Memang meriah apabila menyanyi karaoke sebegini. Bukan sahaja menghiburkan, malah merapatkan sialtulrahim antara keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah

