Artis / Selebriti
” Dalam lif pun jadi, high confident beli mana kak Kepom.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Elly Mazlein menari secara spontan apabila mendengar lagu Elite berjudul Tamparan Wanita buat ramai terhibur. Bertenaga betul Kak Lina menari, memang confident level tinggi ni. Kat mana-mana pun menjadi, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Era.je, perkongsian sebuah video yang memaparkan gelagat Elly Mazlein menari apabila mendengar lagu kumpulan Elite berjudul Tamparan Wanita membuatkan ramai netizen terhibur. Elly menari secara spontan tanpa mengira tempat.
Gelagat Elly ini boleh menjadi satu promosi untuk konsert kumpulan Elite yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi. Lagu Tamparan Wanita ini merupakan salah satu lagu hits kumpulan ini dan dahulunya sering menjadi siulan ramai ketika zaman 90 an.
Apa yang menarik ialah 0rang-orang di sekeliling Elly sangat sporting apabila melihat Elly menari. Ada yang menurut sahaja apabila Elly meminta mereka memegangkan barang-barang kepunyaan Elly. Kalau tak hyper bukan Elly lah. Bertenaga sungguh Elly menari.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pandai pula Elly menari mengikut steps kumpulan Elite menari dahulu. Memang mengena sungguh, terhibur dibuatnya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Cam ner la cikgu Azlan layan hyper Kak kepom ni ekkkk.. Makan apa la kepom ni ek, always tenaga kebanommmm xpenah habis bateri .. “
” Dlm lif pun jadi hahaha..mcmana la Cikgu Azlan ni tahan dgn kepom kalau aku x habis2 gelak jela sampai krem rahang mulut.. “
” Kak kepom kalau bagi saya pegang hand beg Tu saya tak pulangkan dah. Akak tamparan wanita la sampai esok saya nak beg kepom.. “
” Macamm tuu jer kaklina suruh pegang beg diaaa.. Tiket konsert elite bakal laku keras dek penangan kepom.. Kak lina memang terbaik.. “
” Baik2 lelaki kat sebelah tu..mau Kena tampor NGN kak Lina .. High confident beli kat mana Kak Lina Kepom? semua sporting je bile kak lina suruh pgg handbag air la.. “
” Kak kepom, hari tu tak dtg pon concert Genkru.. sampai hati ehhh… kita xnampak kak kepom pon.. kata peminat setia.. “
” Kak kepom buat kite rashe nak tgk konsert elite x shabarrr tau .. aaaa no syatuu.. kak kepom jer yg aku boleh tgok buat perangai gini .. “
Elly sememangnya seorang yang sangat selamba walau di mana sahaja. Kalau tidak ‘ gila-gila ‘ sememangnya bukan Elly Mazlein. Tapi kali ini memang terbukti tahap keyakinan diri yang tinggi kerana beraksi di hadapan orang awam yang tidak dikenali.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Eraje
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ish geram betul budak comel ni, makin banyak mulut sekarang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin

