Artis / Selebriti
” Dah remaja anak Ina yang ni. Sedap suara macam suara Ina.. ” – Netizen
Video Terbaru Anak Perempuan Ina Naim, Phyrosh Elfadwah Menyanyi Raih Perhatian Warganet. Dah Besar Anak Ina, Lunaknya Suara Phyrosh. Macam Suara Ina Dalam Lagu Duhai Hati. Best Dengar, Mendayu-Dayu Suara Tu !!
Semenjak pemergian arwah Suhaimi Saad, kehidupan Ina Naim dan anak-anaknya menjadi perhatian warganet. Untuk rekod, perkahwinan Ina dan Suhaimi dikurniakan dengan 4 orang cahayamata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Salman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Ina masih lagi berkongsi posting di akaun media sosial miliknya, namun tidak seaktif dahulu ketika arwah Suhaimi masih ada. Baru-baru ini, perkongsian video anak-anak lelaki Ina bersama kumpulan In Team menyanyi bersama ada dikongsikan di akaun media sosial kumpulan InTeam.
Anak-anak Ina sememangnya mempunyai bakat dan suara yang sedap didengar. Kali ini, warganet berpeluang mendengar suara Phyrosh pula. Menerusi akaun Tik Tok Ina Suhaimi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan nyanyian Phyrosh.

Warganet mengatakan suara Phyrosh kedengaran seperti suara Ina dalam lagu Duhai Hati. Lunak dan merdu suara Phyrosh mengalunkan lagu Menahan Rindu dengan baik sekali. Walaupun Phyrosh menyanyi sambil duduk, namun tetap maintain sahaja suaranya.
Jom tonton video di bawah :
@inasuhaimi78 anak Ina Naim phyrosh,menahan rindu#inanaim #suhaimisaad #anakinanaim #menahanrindu #karox #fyp #viral
Sehingga kini, perkongsian itu telah pun meraih lebih 400 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Remaja dah anak Ina yang ni.. dulu kanak-kanak lagi kita tengok dia… Phyrosh nak tuju lagu jugaa.. ”
” Sedap suara mereka ni.. berbakat besar and berjaya macam ibu dan ayah dia suatu hari nanti.. ”
” Macam suara Ina menyanyi lagu Duhai Hati.. bagus lah suara Phyrosh ni.. sedap suara mewarisi bakat SS dan Ina.. ”
Bukan selalu dapat mendengar suara Phyrosh menyanyi dan suaranya boleh diketengahkan lagi. Pastinya arwah Suhaimi sudah menurunkan banyak ilmu dan teknik nyanyian kepada anak-anaknya. Kawalan suara Phyrosh juga kedengaran agak bagus.

Phyrosh ada bakat dan suaranya itu adalah kurniaan Allah. Sekiranya bakat Phyrosh ini terus digilap, tidak mustahil Phyrosh boleh menjadi pelapis penghibur tanah air. Apa-apa pun, semoga Phyrosh terus ceria dan gembira bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ina Suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen

