Artis / Selebriti
” Dah besar berubah betul muka. Saling tak tump4h wajah ibunya.. ” – Netizen
Gambar Terkini Anakanda Azrinaz Mazhar Hakim, Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah. Makin Cantik Dan Handsome Putera Dan Puteri Ni !!
Umum mengetahui, personaliti terkenal TV3, Azrinaz Mazhar Hakim mempunyai 2 orang anak menerusi perkahwinannya bersama Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.
Diberi nama dan gelaran, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, kedua-duanya semakin meningkat dewasa.
Meninjau akaun Instagram Brunei Royal Family, telah dikongsikan gambar terbaru Putera Wakeel dan Puteri Ameerah. Kedua-duanya yang turut sama menghadiri majlis Charity Polo 2021 yang berlangsung di Royal Brunei Polo and Riding Club.

Acara ini dianjurkan oleh Kelab Polo Brunei dengan kerjasama Persatuan Polo Diraja Brunei dan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam. Melihat pada wajah putera dan puteri ini, kedua-duanya memiliki senyuman yang manis sama seperti Azrinaz.
Jom baca perkongsian di bawah :
https://www.instagram.com/p/CP12aSXhXET/
Wajah Putera Wakeel dan Puteri Ameerah ini telah mencur1 perhatian daripada ramai netizen. Sudah banyak berubah putera dan puteri ini semenjak semakin besar ini. Antara komen-komen netizen :
” Pretty siblings, they both so cute. Both like mother face with white skin. Soo good looking Putera Wakeel ni.. “
” Wajah banyak iras dengan ibundanya, Azrinaz Mazhar Hakim. Handsomenya your son Azrinaz. Puteri Ameerah pun makin jelita.. “
” Handsome sangat lah macam abangnya prince Mateen. He looks different totally change, mirip Sultan Hassanal Bolkiah masa masih muda remaja.. “
” Another handsome prince after prince Mateen, Prince Wakeel. He’s all grown now. Become one smart prince. Alhamdulillah.. “
” Handsome Prince Wakeel iras Ayahandanya. Semoga Allah ya Rohman ya Rohim sentiasa merahmati Prince Wakeel and the whole country.. “
” The next prince charming brunei. Dah besar Putera Wakeel, handsome dah dia. berubah betul muka lately, workout ke prince Wakeel ni.. “
” Handsome Prince Wakeel saling tak tump4h wajah ibunya Cik Puan Azrinaz. Sopan Dan bersih persis ibunya.. “
Ramai netizen yang mengatakan wajah Putera Wakeel dan Puteri Ameerah iras dengan wajah ibundanya, Azrinaz. Apa pun, semoga Putera Wakeel dan Puteri Ameerah membesar dengan sihat selalu dan cemerlang dalam segala bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Brunei Royal Family, IG Tmfadazb, IG Azrinaz Mazhar Hakim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti5 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen

