Artis / Selebriti
” Dah 56 tahun berlalu, baru hari ni tahu dia orang ni adik beradik.. ” – Netizen

Video Pertemuan Dato’ Jamal Abdillah Dengan Adiknya Curi Perhatian Ramai. Eh Ni Pelakon Popular Era 90an Lah. Tak Sangka Adik Beradik Dengan Dato’ Jamal. Keluarga Berbakat Seni !!
Nama Raja Pop negara, Dato’ Jamal Abdillah memang dikenali ramai. Sudah berdekad Dato’ Jamal menjadi anak seni dan menghiburkan semua dengan kelunakan suaranya. Dato’ Jamal mempunyai beberapa orang adik yang juga pernah aktif dalam bidang seni suara dan lakonan.
Meninjau akaun Tiktok Norman, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pertemuan antara Dato’ Jamal dan adiknya, pelakon Helmi Husaini. Rupa-rupanya, Helmi adalah adik kandung kepada Dato’ Jamal dan kini dia menetap di Sabah.
Video ini pula dirakamkan ketika Dato’ Jamal tiba di Sabah untuk satu persembahan. Melihat dari gaya Dato’ Jamal dan Helmi berpelukan, warganet merasakan adik dan abang ini sudah lama tidak bertemu. Ada juga info yang mengatakan Helmi sibuk dengan perniagaan restorannya di Sabah.
Si abang di Perak, manakala di adik pula di Sabah, memang jauh beribu batu. Jika video ini tidak dikongsikan kepada umum, memang ramai yang tidak mengetahui status perhubungan Dato’ Jamal dan Helmi. Untuk warganet yang membesar di era 90an, wajah Helmi ini antara yang selalu menghiasi drama-drama Melayu tempatan. Pelakon yang berbakat besar dan hebat lakonannya.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@normangtboy0808 Pertemuan 2 beradik di bulan syawal 1445 #jamalabdillahlegends #fypppppppp #fypシ゚viral #tiktokmalaysiaindonesia🇲🇾🇮🇩 #greentownboys🥰🥰 #tellyourfriends
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan mereka :
” Pelakon helmi husaini kn ? pelakon berkarakter hebat.. arini baru tau helmi husaini pun adik jamal juga.. ”
” Jamilul hayat dan helmi hussaini .. lama tak nmpk .. eh eh adk beradik rupanya.. seorang penyanyi, seorang pelakon.. semoga sentiasa dalam rahmatNya.. ”
” Datuk Jamal, jamilul Hayat, Helmy huzaimi baru Tahu adik beradik kandung.. tengok macam lama tak jumpa.. ”
” Tiga-tiga tu adik beradik ke.. eh tak tahu helmi tu adik jamal. lama X tengok Helmi Husaini, terbaik.. ”
” Jamilul hayat dn helmi husaini dua beradik ke . dia orng ni adik kepada jamal abdillah kn . semuga anda brdua sehat2 hendak nya aminn2x ya Allah.. ”
” Lamanya tak tengok helmi husaini… suka tengok lakonan dye dulu².. tak tahu pun dia adik Jamal Abdillah.. ”
” Dah 56 tahun berlalu .. baru hari ni tau dorang ni adik beradik.. Alhamdulillah. adik beradik insan seni.. ”
” Ooo adik beradik rupanya.. jika saya tak tengok video di TT memang tak tau diaorg adik beradik.. ”
Ramai yang baru mengetahui yang Dato’ Jamal dan Helmi adalah adik beradik. Apabila masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri, jauh terpisah dan jarang-jarang dapat berjumpa. Semoga Dato’ Jamal dan adiknya ini selalu dalam rahmat Allah dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Norman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Mak, along nak rampas dia punya kekasih mak. Dia cuba caras, pakai kasut Fattah mak.. ” – Betty Rahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bunda kata amazing, memang power, international singer. Nak nangis dengar, serius meremang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Aku stuck, 10 kali gelak tengok video ni. Tok Ram dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Liza Aziz rap terkeluar style Almarhum ibunya, Normadiah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Mata masuk habuk lah, touching tengok video ni. Sayang betul Matin dengan mummy dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Feeling betul Kak Long menyanyi lagu Abang Long. Best sangat suara tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sabar, sabar, Nabila tukar jadi hijau sat lagi haa.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Semakin berat hint daripada abang Long Fattah. Jelas sangat tu, takde cover dah.. ” – Komen Netizen