Artis / Selebriti
” Comel lah Kak Lina menyakat. Part menyanyi tu sedap betul suara, walaupun takde muzik.. ” – Netizen
Video Halim Othman Request Nak Bertemu Dengan Elly Mazelin Buat Ramai Terhibur. Wah Halim Siap Suruh Kak Lina Menyanyi Lagi, Terus Jadi Sopan Kak Lina. Sempat Jugak Kak Lina Menyakat Halim Yer, Hehe !!
Meninjau di akaun Instagram milik radio Era, telah berkongsi video yang memaparkan kehadiran penyanyi dan juga pengacara terkenal, Elly Mazlein ke konti radio tersebut. Difahamkan kehadiran Elly atas permintaan Halim Othman untuk bertemu dengan Elly.
Menerusi video itu, telah merakamkan ketibaan Elly yang cantik manis mengenakan baju berwarna putih. Kedengaran Elly telah menyakat Halim pada awalnya tentang rambut palsu yang dipakai oleh Halim semalam. Selapas itu, masing-masing sedang berborak dan Halim meminta Elly untuk menyanyi.
Lagu yang diminta Halim adalah lagu nyanyian Elly sendiri iaitu bertajuk ‘Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan’. Elly telah menyanyikan lagu tersebut dengan penuh merdu. Selain itu, Elly turut berkongsi cerita kenangan dahulu ketika bersama-sama Halim di majlis pelancaran album dan mereka menaiki satu van yang sama.

Perkongsian video ini sekali lagi telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan suka melihat telatah Elly yang suka menyakat Halim. Sehingga kini, video itu telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain menyukai perkongsian video ini, rata-rata memuji suara Elly yang lunak ketika menyanyi. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comel lah Kak Lina menyakat, part menyanyi tu sedap betul suara, walaupun takde muzik.. 10 kali ulang tengok tau, hahahaha.. “
” Ingat lagi Elly Mazlein dulu lembut dan malu-malu kucing je, memang betul laun nau sekarang, selalu masuk air je, hahaha.. “
” Suara Kak Lina sedap betul, nyanyian tanpa muzik sebji dengan yang ori menyanyi dulu lah beb… Power beb Kak Lina ni.. “
” Bijak lah mereka dapat ambik Linda and Halim, meriah dengar pagi2 radio Era.. Abg Halim n Linda tak makan tua betul.. “
” Era best ade HO n LO.. Ingat zaman Era mula bersiaran dlu.. Hari2 dengar.. Rindu Halim Othman dan Kak Linda Onn.. “
” Kak Lina plzzzz buat konsert imbau balik kenangan jadi penyanyi dlu2.. Lagu Kak Lina sedap lah, tak puas dengar tau.. “
” Pon Pon pun boleh lah Abg Halim oi, hahahahaa.. Comel arr tengok Kak Lina, kaki menyakat je keja dia, hahahaa.. Sedap lah suara Kak Lina menyanyi.. “
Meriah betul suasana konti Era apabila Elly, Halim, Linda Onn dan Pak Azad bergabung. Sedap sungguh suara Kaka Lina menyanyi lagu yang pernah dipopularkan olehnya suatu ketika dulu, boleh mengimbau kenangan lama. Apa-apa pun semoga Elly terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je, Tiktok @era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti4 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen

