Connect with us

Artis / Selebriti

” Belum apa-apa dah ketawa, geram la dengan abang Roy. Kesian Tok Jalal, haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Roy Azman Mengusik Dato’ Jalaludin Hasan Buat Warganet Terhibur. Adoi Roy, Ada Je Idea Dia Nak Menyakat Tok Jalal. Musim 1, Beg Bunga-Bunga. Musim 2, Kasut Pulak Kena Bahan. Bertabah Lah Tok Jalal, Haha !!

Projek Bapak-Bapak musim 1 mendapat sambutan hangat daripada penonton kerana gelagat 4 watak utamanya, Roy Azman, Jatt Ali, Dato’ Jalaludin Hassan dan Dato’ Ramli MS yang membuatkan penonton tidak kering gusi ketawa dengan jenaka spontan mereka.

Bakal muncul dengan Projek Bapak-Bapak Musim 2, kali ini negara Australia di bandar Sydney dan Melbourne menjadi lokasinya. Pada perkongsian terdahulu, Roy memaklumkan hal ini dan mengucapkan terima kasih kerana atas sokongan semua rancangan ini disambung untuk musim kedua.

Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Roy Azman, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Roy merakam suasana ketika mereka berempat sedang duduk. Fokus ke arah semua kasut yang dipakai oleh mereka berempat, Roy mengatakan semua orang memakai kasut ada lubang kecuali Tok Jalal.

Menunjukkan kasut Tok Jalal sambil ketawa besar, Roy sememangnya nakal dan suka mengusik Tok Jalal. Kasut sarung lebih mudah dan selesa untuk Tok Jalal yang sudah berusia. Kata Roy, kasut Tok Jalal kasut atok-atok sangat. Tergelak sama yang lain dengan gurauan Roy ini.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Roy ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Belum ape2 dah ketawa… ger4m la dengan abang roy… kes1an tok jalal.. hahahhahaha.. tak sabarnyeee nak tunggu.. ”

” Adoiii dah startt mengekek2 nihhh cepat la season 2 haha.. Dato Jalal asik kena bahan je dengan Roy ni.. sak1t perut kita ikut Roy ketawa.. ”

” Dia punya gelok memang tak boleh bawa bincang dengan kita-kita sekali gelok haha.. program yang bakal menceriakan kami sekeluarga tak lama lagi yahoo.. ”

” Kasut tok jalal pun jadi bahan ye haha. Ada-ada je dia nak bahan abang kesayangannya tu.. sori tok jalal terikut ketawa sama haha.. atok2 sangat.. ”

” Ade saja modal abang roy nak menyakat tok jalal ye… tabah la tok jalal dapat member camni.. Sy suka bang termasuk atok2 ni. Spontaneous je… semp0i.. ”

” Kasut punnn boleh jadik bahannn haha, nakal ehhh.. Ada2 je Roy ni kalau tak buat lawak. Dato Jalal kesian oooo kesiannnn. Senyum2 pagi ketawa mengkekek kita semua. BAPAK2 AUSTRALIA.. ”

” Dah start dah, jom gelak berjemaah haha.. Keje membahan tok jalal je ek ko bang haha. Tergelak dengar roy gelak haha.. ”

” Kasut tak ada lubang pun blh create isu. Memang suka menyakat abang royazman.. akai jenuh roy ni, ada je idea dia. kalau tak kenakan tok jalal memang tak sah haha.. ”

Bukan Roy namanya kalau tidak menyakat Tok Jalal. Entah apa lagi lah bakal jadi untuk musim kedua ni. Yang pasti ramai yang tidak sabar melihat telatah bapak-bapak nanti. Apa-apa pun, semoga terus ceria geng bapak-bapak dan dipermudahkan segala urusan sho0ting.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Roy Azman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT