Artis / Selebriti
” Layan menantu bagai anak sendiri. Mana nak cari bapa mertua sebaik ni, payah weh.. ” – Netizen

Video Bapa Arwah Siti Sarah, Raissuddin Hamzah Sedang Mengurut Shuib Buat Ramai Tersentuh. Penuh Kasih Sayang Cara Raissuddin Layan Shuib. Untung Shuib Ada Bapa Mertua Baik Macam Ni !!
Umum mengetahui pelawak Shuib Sepahtu telah pun mendirikan rumahtangga kali kedua bersama wanita pilihan hatinya, Watie Hanifiah. Kalau diingat kembali, ketika majlis pernikahan pasangan ini, ayah arwah Siti Sarah, Raissuddin sentiasa di sisi Shuib menemani Shuib ketika majlis berlangsung.
Meskipun sudah 2 tahun pemergian arwah Siti Sarah dan Shuib sudah pun berkahwin lagi, silaturrahim antara Shuib dan keluarga arwah masih akrab. Shuib banyak meluangkan masa bersama Raissuddin seperti bermain golf, bercuti dan lain-lain lagi.
Meninjau di akaun Tiktok isteri Raissuddin, Makder telah berkongsi satu video yang dirakam secara senyap-senyap memaparkan Raissuddin sedang mengurut belakang Shuib. Makder juga berkongsi kapsyen pada video tersebut ‘ kasihnya abah’ . Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet.
Ada yang mengatakan yang mereka tersentuh melihat cara layanan Raissuddin terhadap Shuib. Ada yang menyifatkan kasih sayang antara Raissuddin dan Shuib sudah seperti dua beranak. Sehingga kini, video itu telah ditonton lebih 4 ratus ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun Tiktok.
Tonton video di bawah ini :
@suciuwais Kasih nya abah #raissuddinhamzah #makder #fyp #shuibsepahtu #massage
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai keakraban Raissuddin bersama Shuib. Antara komen-komen menarik adalah :
” Layan menantu bagai anak sendiri, mana nak cari bapa mertua sebaik ni, payah weh.. Hebat betul tgk kasih sayang mereka.. “
” Dh mcam ank kndung sendiri.. Kamu Shuib bertuah dapat bapa mertua yg baik … Semoga di beri kesihatan yg baik baik aamiin.. “
” Persamaan mereka berdua kehilangan isteri tersayang. Allahuakbar. Kasih sayang hanya mampu dikenal oleh hati yang tulus.. “
” Alhamdulillah suka tengok video ni.. Semoga dilimpah ruahkan lagi rezeki serta dipermudahkan segala urusan.. Ameen, InsyaAllah.. “
” Kenapa tgk video ni airmata mengalir, kuatnya sillaturahim keluarga ini, bersambung terus walaupun Sarah tak de.. Nampak tulus Pakcik Raissuddin layan Shuib macam anak kandung dia.. “
” Sya pun anak tunggal mcm abg suib..sya sgt hargai kluarga mentua sbb sya tkde siapa2 lgi.. Tk dpt bayang kan bila suami dah tkde nnti.. “
” Untung Shuib.. Dapat bapak mertua yang baik . Kene sentiasa bersyukur kalau kita dikurniakan mertua yg anggap mcm keluarga.. “
Beruntung Shuib mempunyai bapa mertua yang begitu menyayanginya sudah seperti anak kandung. Di saat Shuib sedih kehilangan arwah Siti Sarah, selain anak-anak, Raissuddin juga lah antara penguat semangat Shuib. Semoga silaturrahim antara Shuib dan Raissuddin sekeluarga akan kekal baik selamanya.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok suciuwais, IG suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen