Artis / Selebriti
” Cantiknya rumah Zara, bila nak buat tour ni, nak tengok.. ” – Netizen

Kongsi Video Sedang Berehat Di Buaian, Namun Kawasan Halaman Rumah Zara Zya Pula Jadi Perhatian Netizen. Tengok Halaman Rumah Pun Dah Wow !!
Sejak akhir-akhir ini, penampilan baharu Zara Zya telah mendapat perhatian ramai. Manakan tidak, pada bulan lalu, pelakon ini telah memuatnaik gambarnya di laman media sosial dengan imej bertudung. Malah dengan perkongsian itu, ramai yang menjangka Zara sudah mula berhijrah.
Teka-teki akhirnya terjawab setelah Zara sendiri mengakui bahawa imej dirinya ini adalah imej terbaru dan penghijrahannya untuk menjadi lebih baik. Heroin drama ‘Love You Mr Arr0gant’ ini turut mendapat sokongan daripada rakan-rakannya serta peminat-peminatnya dengan keputusan yang dibuat oleh dirinya itu.
Malah kini Zara dilihat makin berseri-seri dan manis setelah bertudung. Sering berkongsi gambar terkininya di akaun Instagram sering mendapat pujian daripada peminat-peminat setianya akan penampilannya yang sangat cantik.
Terbaru tinjauan di akaun Instagram, Zara telah berkongsi satu video yang memaparkan dirinya sedang beristirehat di halaman rumah sambil duduk di atas buaian. Tulis Zara pada posting tersebut, dirinya sudah bersiap mahu keluar namun terlupa adanya banyak roadblock kerana sekarang PKPB sedang dijalankan.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :
Video Zara itu turut mendapat tanda suka hampir lapan ribu lebih tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen memuji Zara kelihatan cantik dan halaman rumah Zara turut mencur1 perhatian ramai. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cantiknya rumah Zara, bila nak buat tour ni, nak tengok.. Hehe tuan rumah pun manis sekarang, Zara makin nampak cantik tau..”
” Nyanyi la lagu pohon beringin mcm kecik2 dulu tu… Suka berangan kan, pastu jer1t Aku nak kawen dgn anak raja.. “
” Cantiknya anugerah Allah swt.. Ayu comeii, sopan santun cik Zara Zya kita sekarang, semoga terus istiqomah ya.. “
” Teruskan pakai tudung kak Zara. Bertambah cantik jika bertudung, Lawaaaaa, colour baju juga lawa, semoga sihat slalu.. “
” Hati-hati satgi dapat surat cinta dari roblock tido tak lena stu malam, getah paip tu rasanyan boleh siram pokok rumah jiran, hehe jangan marah..”
” Buai laju laju, sampai cucur atap… Lalu jea, nty roadblock tu nak autograf u.. Cantik rumah Zara, mesti mahal.. “
” Wow halaman rumah dia cantiknya, mesti dalam rumah pun cantik ni, nanti jangan lupa kongsi persekitaran rumah.. “
Wah makin melet0p Zara Zya sekarang, manisnya setelah bertudung. Mata netizen ni memang taj4m kan, memang dilihat habis semua yang ada dalam video tu. Tengok halaman rumah sahaja sudah cantik, kalau dalam rumah pastinya lebih cantik. Semoga nanti Zara boleh berkongsi dengan kita semua.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Zara Zya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar