Connect with us

Artis / Selebriti

” Cantiknya kakak Darda, macam artis Julia Hana.. ” – Netizen

Abby Abadi Kongsi Video Kakak Kepada Anak Angkatnya, Maira Darda Farisa Raih Perhatian Ramai. Ramai Puji Kecantikan Fatini Seiras Pelakon Julia Hana !!

Maira Darda Farisa merupakan anak angkat paling bongsu Abby Abadi bersama suaminya, Muhammad Faizal Zakaria. Darda dijaga oleh Abby sejak dari kecil lagi dan kini Darda sudah pun semakin besar dan montel. Namun, siapa sangka rupanya Darda mempunyai adik beradiknya yang lain.

Meninjau ke akaun Instagram Abby, Abby telah berkongsi gelagat Darda bersama kakaknya bernama Fatini. Darda dan kakaknya sudah lama terpisah sejak Darda masih lagi dalam kandungan ibunya. Kini, kedua adik-beradik ini ditemukan semula.

Menurut Abby, Fatini ingin bekerja sementara bersama Abby kerana sedang bercuti. Fatini akan menyambung pengajian ijazahnya pada bulan Julai 2024 nanti. Oleh itu, Abby meminta Fatini menjadi pengasuh buat Darda dan Abby boleh mula menyambung semula bisnes onlinenya.

Ramai yang memuji kecantikan kakak Darda yang seiras dengan pelakon popular lewat tahun 90 an dahulu iaitu Julia Hana. Perkongsian video ini telah menerima lebih 2 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.

Jom tonton perkongsian di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :

” Besar pahala mama ebby besarkn darda dgn penuh kasih syg, mga allah murahkn rezeki mama ebby mulia sungguh hati awk.. “

” Fuh kakk darda mcm julia hana junior la lawanya.. Cantik kakak dardaa..mcm darda jugakk…comellll angatt.. mula ingat julia hana td.. “

” Oh..pengasuh utk darda.. lawa mcm retis Julia Hana. Rasanyer darda buli kakak.. Kakak kandung darda ka? No wonder muka sama.. “

” Darda diyellow bag .. pls… Auntie zura tkde ank gerl nie cfm syg darda lebih Dari sygkn Mama dia.. Ni kekasih abg danish kan. Cantik manis org nya.. “

” Cantiknya kakak darda. She have Smile eyes. Looks like Actress Julia Hana. Moga dipermudahkan semua urusan mama darda sekeluarga and kakak fatini . Aamiin.. “

” Muka ada iras Julia hana.. Wow..cantik nya..dah boleh letak beg kuning ni kak Abby .. Mcm kakak adik. Cantik Manis orgnya.. “

” Ingatkan Julia Hana td… klu ada lesungpipit cnfrm dia.. allahh..lama tak tengok ig…cepat.besar darda comel montel pulak tu.. “

Bagus juga apabila Darda diasuh oleh kakaknya sendiri kerana ia akan merapatkan hubungan dua adik-beradik ini yang sudah lama terpisah. Abby juga sangat baik kerana melayan kakak Darda seperti anaknya sendiri. Semoga perniagaan Abby terus maju.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Abby Abadi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT