Artis / Selebriti
” Tersangat santai Hairul dalam tu ye, kita pula sesak nafas tengok.. ” – Netizen
Hairul Azreen Kongsi Video Percutian Keluarga Di Dubai Raih Perhatian Ramai. Wah, Percutian Mewah, Tapi Part Menyelam Kat Deep Dive Dubai Tu Nampak Seram Lah !!
Meninjau ke akaun Tiktok Hairul Azreen, perkongsian sebuah video terbaru daripada Hairul telah meraih perhatian ramai. Hairul memuatnaik video percutian keluarganya di Dubai, Emiriah Arab Bersatu sebagai penutup tahun 2023.
Di ruangan kapsyen, Hairul menulis ‘ bring my family to see the world ‘ adalah amat sesuai dengan video yang dikongsikan. Sememangnya Dubai merupakan negara yang paling cantik untuk dilawati dengan pelbagai bangunan pencakar langit yang unik.
Alisa dan Yusuf juga dilihat sudah semakin besar dan boleh memberikan kerjasama yang baik apabila bercuti ke negara orang. Keindahan kota Dubai seolah-olah seperti syurga dunia dengan segala kemewahan yang ada. Lihatlah pemandangan indah yang dikongsikan oleh Hairul.

Perkongsian video ini telah menerima hampir 10 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Hairul juga turut cuba menyelam ke salah satu tempat tarikan di Dubai iaitu Deep Dive Dubai yang mempunyai kedalaman yang sangat dalam.
Jom tonton vide0 di bawah :
( Sila tunggu sebentar jika video lambat keluar.. )
@hairul_azreen88 Bring my family to see the world 😍
@hairul_azreen88 Happy new year from @Deep Dive Dubai
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila menonton video ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Waah cantiknye..wlaupon tak mmpu nak pergi sana,dpat tgk pon dah best terima kasih abg pascal belanja view dubai.. Semoga kekal ke jannah.. “
” Subhannallah cantik nya pemandangan dubai.. Nanti tunjuk la sambutan tahun baru di Burj Khalifa. Mesti cantik dan best.. “
” Wow bercuti kat UAE tok abah sy baru balik dr sana.. Perghhh masyukkk.. best nyaa dubai . happy holiday alisa dan yusuf.. “
” Wah boleh tgk kompleks budaya tiga agama.. Wow geng abg bsr. Best holiday.. perfect family .. rindu dubai.. comel alisa.. tersangt santai kau dlm tu eik.. kita plak sesak nafas tgk.. “
” Enjoy Dubai and happy new year .. Mlm ni lepak Deen Nasi kandar dubai.. Perfect family, no doubt.. moga terus sukses.. “
” Paling best NYE di dubai.. 2019 was there NYE2019.. Bang, sy private tour guide. Nak g iceland boleh la roger saya.. macehh.. “
” Semoga sentiasa sukses dalamkerjaya dan bahagia bersama keluarga..Selamat Tahun Baru 2024 bertambah lagi rezeki Hairul aamiin3x Yarabal alaamiin.. “
Wah, seronoknya dapat merasai suasana di sana. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat bercuti kepada Hairul Azreen sekeluarga. Semoga tahun baru ini memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada keluarga ini dan sentiasa berbahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok Hairul Azreen
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen



