Artis / Selebriti
” Masing-masing dah macam ayam dan itik, tapi rancak habis bersembang, haha.. ” – Netizen

Video Fara Fauzana Berborak Bersama Seorang Nenek Pakistan Buat Ramai Terhibur. Amboi Fafau, Bersembang Tu Dah Macam Paham Sangat Kan Nenek Tu Cakap. Lawak Lah, Dah Macam Ayam Dan Itik, Haha !!
Sebut sahaja nama Fara Fauzana pastinya ramai yang mengenalinya. Lebih mesra dengan panggilan Fafau, Fafau merupakan seorang penyampai radio dan pengacara terkenal. Fafau juga aktif di media sosial serta sering berkongsi perkembangannya.
Meninjau di akaun Instagram Fafau, telah dikongsikan video yang memaparkan Fafau sedang berborak dengan seorang nenek. Difahamkan video ini dirakamkan ketika Fafau berada di Tanah Suci baru-baru ini. Tulis Fafau, ketika dia sedang sho0ting, dia ternampak seorang nenek berada berdekatan dengannya.
Lalu Fafau bertanya kepada kepada nenek tersebut sedang menunggu siapa. Nenek yang berasal dari negara Pakistan ini bercerita kepada Fafau seperti dia sedang mempunyai masalah. Meskipun Fafau dan nenek itu bercakap dalam dua bahasa berbeza, keprihatinan Fafau menarik perhatian warganet.
Ada kalangan peminat-peminat Fafau cuba menterjemahkan perbualan Fafau dengan nenek Pakistan itu. Mereka mengatakan yang anak lelaki nenek tersebut pergi mencari kerusi roda kerana dia tidak dapat berjalan jauh. Sehingga kini, video Fafau menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur serta menyukai perkongsian video oleh Fafau ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Masing-masing dah macam ayam dan itik, tapi rancak habis bersembang, haha.. Comel tengok telatah masing-masing bercakap.. “
” Nenek tu tunjuk depan ko pandang depan, tunjuk belakang ko toleh belakang… Pebenda Fafau.. Paham ke idok, hehe.. Tapi elok borak rancak.. “
” Dia kata dia dtg pagi utk solat subuh dgn anak laki, lepas tu anak dia pergi ambik wheelchair sebab makcik tak boleh jalan banyak.. Anak laki dia tak dtg balik, dia tengah tunggu anak laki dia kat situ… “
” Fafau sembang tu mcm iya2 je faham…Comel sangat la berdua dgn nenek tu, hehe.. Ok lah tu Fafau, kurang2 Fafau dapat dengar luahan nenek tu.. “
” Teringat masa naik train Rusia, jumpa acik2 we all call her mama. Sembang melayu n russian. 4 days dlm train, relax je sembang, hahaha.. “
” Aku dok tunggu kut hujung video ada anak lelaki dia sampai ala2 rupa Shah Rukh Khan ka, hehe.. Faham Pakistan & namaz ja – maksudnya solat.. “
” Mcm best je Fafau tanya..’you sorru’.. Terbaik le akak siap ambil tahu mak cik makan ke tidak.. Sebut je perkataan Chot pastu mata ke atas, nak keluar bahasa jepun ke tu Fafau, haha.. “
Bagus Fafau, walaupun tidak memahami apa yang diceritakan oleh nenek Pakistan itu, Fafau cuba menjadi pendengar yang baik dan menenangkan keadaannya. Tak lupa juga kepada pengikut-pengikut Fafau yang turut membantu menterjemahkan perbualan nenek Pakistan itu, anda semua memang terbaik.
Silakan SHARE..
Sumber : IG therealfafau
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen