Artis / Selebriti
” Cakap lah Malaysia, cakap lah betul-betul Malaysia.. ” – Rina
Video Nik You Rina tidak bagi ayahnya, Ryzal Ibrahim cakap dalah bahasa Korea buat ramai terhibur. Comel sungguh Rina mengomel suruh Appa cakap Bahasa Malaysia. Hanya Rina dan Omma je boleh cakap Korea. Comel sangat Rina, hehe..
Nik You Rina antara anak selebriti yang diminati ramai. Keletah, pertuturan dan segalanya tentang Rina membuatkan ramai yang menyukainya. Sejak Rina kecil lagi, Rina sudah diajar dengan pelbagai bahasa dan hasilnya sekarang Rina boleh menguasai bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Korea dalam satu masa.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ryzal Ibrahim, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Rina ketika berbual bersama Ryzal. Mereka sekeluarga keluar membeli-belah dan Maryam meninggalkan Rina bersama Ryzal untuk ke bahagian lain.
Ryzal mengusik dan menyuruh Rina untuk bercakap dalam bahasa Korea tetapi Rina tidak mahu. Rina kemudiannya menyuruh Appanya bercakap bahasa Malaysia dengan betul. Apabila ditanya mengapa Ryzal perlu bercakap dalam bahasa kebangsaaan ini, jawapan Rina mencuit hati semua.

Bijak jawapan Rina dan Ryzal tergelak sahaja dengan telatah anak sulungnya itu. Kata Rina, Omma dan Rina bercakap dalam bahasa Korea, manakala Ryzal pula perlu bercakap dalam bahasa Malaysia. Semakin besar, semakin panjang akal si Rina ini, jawapan pun selalu di luar jangkaan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan:
” Rina is so well mannered and smart. Baik akhlaknya.. Hihihi.. comel jee.. rina tak sebulu dgn appa yee.. ank omma betoi nieee.. “
” Cakap la malaystar.. star pun star lah RIna.. comel sangat la awak ni.. suka sangat tengok rina.. cerdik.. “
” Comel sungguh la rina ni. Pandai dia. Appa orang Malaysia kena cakap BM, omma orang korea kena cakap korea.. “
” Comel dan bijaknya Rina ni. smart girl.. garang juga ye rina.. nanti dia teach adik dia macam mama dia ajar appa dia.. “
” Such a clever girl masya Allah.. love you rina yang bijak.. comel sangat Rina ni.. banyak bahasa boleh cakap, bangganya.. “
” Bijak dan petah sangat, comel Rina.. adore dengan Rina ni.. cerdik sangat sangat ni. Appa kena cakap Malaysia betul-betul okey hehe.. “
” Comel je rina bebel sambil berjalan tu.. geram betul , rasa nak culik je seminggu. boleh tak nak sewa rina untuk seminggu.. “
Bijak dan petah sungguh Rina bercakap. Sambil berjalan pun, Rina boleh membebel tidak berhenti. Sama perangainya seperti Maryam. Apa-apa pun, semoga Rina membesar dengan sihat selalu dan menjadi kebanggaan Omma dan Appa apabila dewasa nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ryzalibrhm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti7 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

