Connect with us

Artis / Selebriti

“ Budak-budak macam ni manja sebab dahagakan kasih ibu ayah.. ” – Netizen

Zarina Anjoulie Kongsi Gambar Bersama Anak-Anak Yatim Buat Peminat Tersentuh. Alhamdulillah, Baik Sungguh Anju. Manja Betul Mereka Dengan Anju !!

Sesuatu yang sangat beruntung bagi insan yang masih mempunyai ibu bapa. Ibu bapa menjadi tempat sandaran anak-anak dalam segala hal. Kasih sayang daripada ibu dan ayah amat penting bagi mencorakkan kehidupan mereka pada masa akan datang. Namun begitu, tidak semua insan mempunyai rezeki untuk merasai kasih sayang sepenuhnya daripada ibu dan ayah mereka.

Terbaru satu perkongsian telah dikongsikan oleh Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju yang memuatnaik gambar-gambar bersama rakan sekumpulannya di rumah Asnah Sendayan. Gambar tersebut memaparkan Anju dan rakannya sedang melakukan kerja amal.

Untuk info tambahan, Anju seringkali dilihat melakukan kerja-kerja amal. Niatnya untuk membantu insan-insan lain yang kurang berkemampuan. Apa yang menariknya, Anju pernah mengumpulkan dana ketika mula-mula C0vid-19 terjadi demi menolong masyarakat yang terjejas. Pertolongannya ini langsung tidak mengharapkan balasan dan pujian.

Anju juga kelihatan sangat mesra dan tidak kek0k melakukan kerja-kerja. Bukan itu sahaja, kanak-kanak di situ juga kelihatan sangat manja dengan Anju. Pastinya mereka amat gembira menerima bantuan dan mendapat layanan istimewa daripada Anju dan rakan-rakan.

Jom kita ikuti perkongsia di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian Anju ini telah mendapat banyak tanda suka. Ramai yang suka dan memuji usaha murni Anju. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

“ Selalu pesan dkt anak2.. kot kalu jadi pape.. jaga diri.. kot kalo masok rumah2 mcm ni.. jaga diri.. jaga adik2.. jgn sesekali berp1sah.. menitik lak air mata.. ”

“ Anju la ni.. buat kiteorg mak2 ni tersentuh hati.. huhu.. iols anak tunggal.. mak pulak sorg je.. kot la nnt jd pape.. mane nak tahu kan kedepan2.. pesan siap2 dkt anak2.. ”

“ Sed1hnya.. selalu jugak fikir n pesan kt anak mcm ni.. I love you anju.. teringat masa akak kecil2 dulu 5 beradik membesar di umah anak2 al’arqam.. ”

“ Berbuat baik dgn insan yg lain tu amalan mulia, tahniah anju hati awak baik.. kenapa i tgok , i nang1s wehhh.. kecik lagi.. Bdk2 mcm ni memang manja sbb dia dahaga kasih ibu ayah.. ”

“ Bagus betol lah anju ni.. Semoga sis sentiasa dimurahkan rezeki.. doakan saya dapat bantu macam sis jugak.. ”

“ Thanks kak Anju, sebab kak Anju saya pun rasa nak buat kebaikan and ingat dekat orang lain juga.. Semoga kak Anju dimurahkan rezeki selalu.. Aaminn.. ”

“ Semoga Allah murahkan lagi rezeki kak anju and family.. aamin.. Semua kecik2 lagi ya Allah kuatnya mereka.. Thanks anju.. Semoga Allah merahmati setiap apa yang anju buat.. ”

Menolong orang lain dan berkongsi sedikit rezeki demi kebahagiaan insan lain merupakan satu amalan yang mulia. Tindakan Anju seharusnya dipuji dan dijadikan contoh buat masyarakat luar. Apa-apapun kami di Berita Kopak mendoakan semoga Anju sentiasa dimurahkan rezeki.

Silakan SHARE..

Sumber: IG anjolielavocah1

Artikel ini disediakan oleh Berita Kopak. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT