Artis / Selebriti
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza

Rozi Abdul Razak kongsi video prank Dato’ Seri Siti Nurhaliza semasa memberitahu bakal menerima anugerah Biduanita Negara buat ramai terhibur. Wah 4 hari Rozi simpan rahsia sebelum bagitahu, sampai Tokti sendiri pun tak percaya. Comel betul reaksi Tokti tu, hehe..
Beberapa hari yang lalu, seluruh negara dikhabarkan berita gembira apabila penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Biduanita Negara pada majlis Anugerah Seni Negara. Ianya bukan hanya kejayaan peribadi untuk DS Siti tetapi juga untuk seluruh keluarga dan peminat yang tidak putus-putus menyokong kariernya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram pengurus DS Siti iaitu Rozi Abdul Razak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi DS Siti ketika dimaklumkan bakal menerima anugerah biduanita itu. Ujar Rozi, dia dihubungi oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ( Motac ) sekitar Oktober tahun lalu dan dimaklumkan mengenai anugerah tersebut.
Rozi merahsiakan daripada DS Siti dan setelah mendapat segala maklumat terperinci baru lah DS Siti diberitahu. Ianya satu kejutan untuk DS Siti dan awalnya DS Siti sendiri tidak percaya dengan perkhabaran itu. DS Siti menyangka Rozi hanya bergurau dengannya.
Video ini dimuatnaik sebagai kenangan terindah sepanjang perjalanan Rozi menguruskan DS Siti. Tambah Rozi lagi, jadual kerja untuk DS Siti sudah pun dirangka sehingga tahun 2026 dan DS Siti tidak akan berhenti berkarya kerana itu adalah cinta DS Siti. Rozi membuat prank dan menyuruh DS Siti membaca apa yang tertulis di skrin handphone.
Jom kongsi video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sebak, thank you kak z menjadi tulang belakang DSSN yang terbaik.. Sebak sangat2, dalam pada terkejut, masih jua sifat membumi “kena baca pangkat ke”. Moment yg mahal.. “
” Kena baca pangkat ke??? Ini momen membumi yg takde pada artis berpangkat yang lain. Tahniah Kak Z sebab rakam detik SEJARAH seorang biduanita ke-3 negara.. “
” Kelihatan segan, rasa tidak percaya. Humble nya queen.. Moment terindah yang takkan dilupakan sampai bila2.. “
” Akak memang bijak simpan rahsia.. Happy betul.. kak zie adalah ‘nyawa’ dalam kerjaya buanita negara ni .. takda artis yg lebih bertuah dapat manager mcm kak zie.. “
” Terima kasih jga Kak rozisangdewi kerana disebalik sosok seorang Siti ada Sang Dewi menjadi sayap setia walau kemana Siti berkelana. Tidak terbayang susah perih canda girangnya seiring selangkah menuju tangga ke angkasa hingga dgn rasa rendah hati menjadi Biduanita Negara ke 3 Malaysia.. “
” Masyaallah terharu nye congratulations ctdk thanks kak rozisangdewi kami semua banga jd sitizoners sejak dari kecil.. “
” Comel tokti , sekali lagi tahniah tokti atas penganugerahan Biduanita Negara.. Masing2 pun tergamam apetah lagi kita as fans siti nurhaliza dari kecik.bila tau dapat anugerah ni hish pelbagai rasa. . “
Rozi adalah tulang belakang yang sentiasa ada di sisi DS Siti dan telah 29 tahun menguruskan biduanita negara ini. DS Siti selayaknya menerima anugerah agung itu kerana pencapaiannya dan segala kejayaan yang dicapai serta mengharumkan nama negara di persada dunia.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Rozisangdewi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kak Long jerit pun sopan, nasib baik tak lompat kat Abang Long.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Feeling betul Kak Long menyanyi lagu Abang Long. Best sangat suara tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Masuk air betul lah Sharnaaz, berdekah Ameera kena sakat, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Semakin berat hint daripada abang Long Fattah. Jelas sangat tu, takde cover dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Iras Zahirah Macwilson, 11 tahun dah cantik macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku baca komen semua, engkau ni kahwin paksa Fikry. Kau kena betulkan benda ni.. ” – Ain Edruce
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mata masuk habuk lah, touching tengok video ni. Sayang betul Matin dengan mummy dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Alaa tang Amira panggil abang tu. Sweetnya, macam betul dah nikah.. ” – Komen Netizen