Artis / Selebriti
” Anggun sangat Dato’ Maziah ni. Cantik betul, patut menurun ke Ummi.. ” – Komen Netizen
Video Ummi Nazeera bercerita mengenai pengorbanan mamanya, Dato’ Maziah buat ramai yang kagum dan tersentuh. Bukan biasa-biasa rupanya mama Ummi ini. Wanita yang hebat dan kuat. Dah berusia pun cantik sangat..Β
Meninjau entry di akaun Tiktok Nona, telah dikongsikan satu video throwback wawancara bersama pelakon berbakat besar, Ummi Nazeera. Ummi ditemui ketika sidang media drama terbaru lakonannya, Andai Tiada Dia yang kini sedang ditayangkan di kaca TV.
Menerusi video perkongsian ini, Ummi diajukan soalan mengenai gaya dan cara Ummi mendidik anak-anaknya, Ayra Aneesah dan Aysha Arsylia. Ummi menerapkan sejak kecil supaya 2 orang anak perempuannya ini akrab dengan ayah mereka, Dr Izzar Anwari.
Ummi pernah melalui kehidupan sejak kecil tanpa susuk tubuh seorang ayah dan hanya dijaga oleh mamanya yang berstatus ibu tunggal, Dato’ Maziah. Kongsi Ummi, ketika kecil dahulu dia tidak memahami segala sedih duka mamanya tetapi apabila sudah dewasa, dia merasa sebak dengan segala pengorbanan mama untuk membesarkan anak-anak.
Tambah Ummi lagi, mamanya seorang wanita yang kuat dan tidak pernah menunjukkan segala kepayahan dan kesedihan. Mamanya juga seorang yang susah untuk meminta walau pun mahu kan sesuatu. Kerana itu Ummi berusaha untuk membahagiakan mamanya itu walau dengan sekecil-kecil pemberian.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@nona.my Dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, pelakon jelita berbakat besar Ummi Nazeera kagumi pengorbanan bonda tercinta, Dato’ Maziah Musa. Walau tiada figura bapa sejak kecil, Ummi akui amat mementingkan bonding anak-anak bersama suami agar mereka mendapat perhatian dan kasih sayang seorang bapaΒ sepenuhnya. @umminazeera @izzar @maziahmusa Ummi ditemui sewaktu sidang media drama terbaru, Andai Tiada Dia akan ditayangkan bermula 21 Oktober nanti di Astro Ria. #majalahnona #umminazeera
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 32 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Cantik Dato’ Maziah ni.. Betul apa yg ummi ckp tu. Ayah kena rapat dgn ank perempuan spy dia tak cari kasih sayang kt luar.. “
” Umi ni anak Dato’ Maziah.. orang kaya raya ni.. harta mak Ummi 7 keturunan pun tak habis.. wanita yang kuat kerja.. “
” Matang sangat cara dia bercakap, suka tengok semua lakonan Ummi ni.. dia ada jiwa yang buat semua merasai sama.. “
” Masya Allah lawanya mak Ummi.. umi dengan mak dia macam adik beradik.. sama-sama cantik.. kekal bahagia bersama suami tersayang.. “
” Cantik betul mak Ummi ni, patut menurun ke Ummi.. Mak ummi cantik, ummi maniss tak puas tengok.. “
” Yes true… bila Allah hadir kn aku ank2 aku lg suka ank2 rapat dgn ayah terutama perempuan supaya dia tak tagis kasih dgn org luar ayah adalah cinta hati dia pertama … i feel that.. “
” Cantik anak beranak, Subhana Allah mama umi seorang yang kuat.. Anggun sangat Dato’ Maziah ni.. suka sungguh tengok ummi nazeera.. “
Idola yang menjadi panduan Ummi dalam melayari kehidupan. Sekuat mana mamanya, sekuat itu juga lah yang Ummi harapkan untuk dirinya pada masa akan datang. Semoga Ummi bahagia selalu bersama mama, suami dan anak-anak tersayang dan menikmati kegembiraan bersama-sama.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nona, ig maziahmusa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dengar suara Sallman jadi sedih pula. Suara SS dalam diri Sallman.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Budak-budak ni berlakon, kita pula blushing tengok, haha.. ” – Komen Netizen