Artis / Selebriti
” Bila dorang dah bergabung memang pecah perut lah. Satu kampung pelawak dia angkut, haha.. ” – Netizen
Video Persembahan Sharif Dan Syaiful Di Final Famili Duo Buat Penonton Gelak Berdekah-Dekah. Sketsa Dengan Lagu Memang Ngam Betul. Siap Bawak Fad, Atu, Namie Dengan Danial Zaini, Meriah Betul. Dah Macam Maharaja Lawak Mega. Idea Yang Bijak, Patut Dapat Juara !!
Semalam telah berlangsungnya final rancangan realiti Famili Duo bagi musim ini. Menepati jangkaan, persembahan daripada adik beradik Zero, Sharif dan Syaiful telah berjaya dinobatkan sebagai Juara Famili Duo untuk musim kali ini.
Meninjau akaun Instagram Tv3 Malaysia dan Tiktok Oh Bulan, telah dimuatnaik video persembahan hebat duo adik beradik ini. Kali ini, Sharif dan Syaiful membuat pemilihan lagu yang tepat. Lemak Manis, Umpa Jinak Di Air Tenang, Joget Angan Tak Sudah dan Kong Kali Kong menjadi lagu taruhan mereka.
Istimewanya untuk final ini, rakan seperjuangan dari kumpulan UBI iaitu Fad Bocey, Namie dan Atu serta Danial Zaini menjadi penyeri pentas mereka. Sketsa dan jenaka yang disajikan membuatkan penonton tak berhenti ketawa. Masing-masing on dengan karektor mereka.

Fad ala-ala Najib Ali, Namie mengajuk Yoe Parey, Atu meniru gaya Anuar Zain dan Danial pula dengan suara seperti Dato’ Najib, gandingan mereka bersama Sharif dan Syaiful benar-benar menghiburkan. Amboi sakan semua berjoget, komen warganet seperti melihat Maharaja Lawak Mega.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@ohbulanofficial Uji bakat test nyanyian Zapin Melayu ke? 😂 Persembahan Sharif & Syaiful Zero memang mencuit hati 💕#ohbulan #fyp #FamiliDuoTV3 #BerduoLebihBaik #SharifSyaifulZero
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Entertainer …. Penyanyi, pelawak, pelakon… tahniah… oh tak lupa jugak mereka adalah penderma juga.. hebat. Alhamdulillah.. ”
” Dia bawak Family Maharaja Lawak lah pula haha. De best partnership of sahabat lawak.. Zero + Ubi + Danial Zaini dah mcm tgk rancangan lawak je haha.. terbaik Sharif & Syaiful.. ”
” Bila Zero bergabung dgn Ubi dan Danial Zaini gini ler jadinya dah jadi mcm rancangan lawak dah.. ”
” Lamaa fad tak bawak character najip ali.. Woiii lawak tu mcm emmm haha.. Satu kampung pelawak dia angkutt.. apapun tahniah buat Juara.. ”
” Bila dorg dh bergabung mmg pecah perut lh haha.. lum lg buh jozan situ haha..Ogawa haha bongoklah.. ”
” Pecah perut part Anuar Zain, dengan Fad jadi najib ali, masing-masing bawak karakter baik punya.. dia angkut geng final hehe. tahniah syaiful dan Sharif.. ”
” Ini bukan family duo. ini Maharajalawak Mega Family.. macam muzikal lawak pun ada haha.. tahniah syarif dan saiful zero.. ”
Bila team Zero bergabung dengan team Ubi dan Danial Zaini memang gempak lah jadinya. Pelawak, penyanyi dan penghibur yang berbakat besar. Tahniah Sharif dan Syaiful atas kejayaan sebagai Juara Famili Duo dan semoga terus maju jaya pada masa akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Tv3 Malaysia, Tiktok Oh Bulan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini ialah video permohonan maaf sebab aku rasa aku baca.. ” – Aidid Marcello
-
Artis / Selebriti5 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu. Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia campur 4 buah lagu sekaligus. Sekali lagu Senario pun ada, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Ala comelnya ‘I was sick’. Speaking London Ayash, bijaknya dia.. ” – Komen Netizen




