Artis / Selebriti
” Ingat betul Najip Ali tadi, Fad rupanya, haha.. ” – Netizen
Penampilan Fad Bocey Dalam Persembahan Akhir Sharif Dan Syaiful Zero Di Famili Duo Buat Penonton Tak Kering Gusi Ketawa. Rupanya Fad Dah Pernah Buat Watak Ni. Memang Sebijik Najip Ali. Gaya Dan Suara Tu Sama Sangat !!
Semalam telah pun berakhirnya program realiti TV Famili Duo yang menobatkan Sharif dan Syaiful Zero sebagai juara. Pasangan adik-beradik ini membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100 ribu selepas 8 minggu memberikan persembahan menghiburkan.
Persembahan pada malam semalam cukup membuatkan ramai yang gelak tidak kering gusi apabila menampilkan beberapa selebriti lain. Antara yang paling mencur1 tumpuan ialah penampilan Fad Bocey yang membawakan watak selebriti Singapura iaitu Najip Ali.
Di awal kemunculannya, ramai menyangkakan itu adalah Najip Ali kerana gaya dan suaranya yang sangat persis dengan selebriti itu. Apabila kamera dihalakan pada jarak dekat barulah ramai sedar yang itu adalah pelawak Fad Bocey.

Watak sebagai Najip Ali itu bukanlah pertama kali dibawakan oleh Fad. Fad pernah membawa watak ini ketika Muzikal Lawak Superstar bersama kumpulan UBI. Pada ketika itu Najip Ali sendiri sebagai juri pada minggu tersebut.
Video ketika Famili Duo :
Video persembahan di Muzikal Lawak Superstar :
@astrogempak @fadbocey.91 sebijik macam Najip Ali 😂 #SembangEntertainment @namie_smy @zero.official
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Kalini family duo memang meriah.sbb peserta pelawak.memang best.. yg part Daniel..si Fad tu “Bila kau keluar?”.. adoi la..br la aku terfikir die tiru sape.. “
” Igt btl najib ali td hahaha..fad rupanya.. Comey atu buat rambut camtu .. They deserve to win. the real penghibur.. memang patot korang menang .. “
” Ya ampun tu fad ke…mati² ingat najib ali haha.. bila dengar suara fad,,mcm suara hos asia bagus tu…nama najid ke apa,, lupa dah.. “
” Sebab tu dia ni juara. Sebab family duo sekarang konsep persembahan. Ibarat thema muzikal kat maharajalawak mega.. “
” Najib ali ke tu, pakai topi.. haha sebijik najip ali.. tak sedar itu fad.. Itu dia satu geng datang korang memang terbaik tahniah.. “
” Tangan najib ali mmg camtu eahh.. mmg best saiful dan sharif smlm..bawk geng plak tu..mmg pecahla.. kena tampar tu bha lucu hahahaha.. “
” Kalau geng nie buat rancangan mcm senario Di tv3 dulu.corfirm meletop.semua Ada krektor masing2 dah lah lawak.. Siapa yg pakai speak mata tu abg fad KE.. “
Memang berbakat sungguh Fad meniru gaya Najip Ali. Suara tu memang boleh keliru jika Fad digandingkan dengan Najip, sama sangat. Tahniah diucapkan kepada Sharif dan Syaiful kerana akhirnya berjaya membuktikan yang pelawak juga boleh menyanyi dan membuat persembahan dengan baik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Xtramy TIktok Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga4 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil


