Artis / Selebriti
” Apa kau ni bang, menyesal pula tengok sampai habis.. ” – Komen Netizen

Video Fad Bocey cuba membuat latihan vokal terhadap isterinya seperti yang dilakukan oleh Raissuddin Hamzah dan Thalita buat ramai terhibur. Part last tu sampai tak tahan Fad nak dengar nampaknya tu, haha..
Sebelum ini tular sebuah video yang dikongsikan oleh Shuib Sepahtu ketika mengajar anaknya menyanyi. Cara tersebut telah dilakukan oleh bapa mertuanya, Raisuddin Hamzah ketika melatih Talita sama seperti yang pernah diajar kepada anaknya iaitu arwah Siti Sarah.
Meninjau ke akaun instagram Fad Bocey, perkongsian sebuah video Fad cuba meniru cara tersebut untuk mendengar nyanyian isterinya pula. Dengan cara berbaring di atas lantai, isteri Fad cuba menyanyi dengan hanya memegang sebuah botol sebagai mikrofon.
Fad melakukan ini hanyalah sekadar hiburan dan ia membuatkan ramai berasa terhibur. Di ruangan kapsyen, Fad menulis ‘ kenapa tak jadi? ‘ kerana hasilnya tidaklah seperti suara merdu yang Thalita nyanyikan. Ada sahaja lawak jenaka daripada Fad dan isteri.
Perkongsian video ini telah menerima lebih tujuh ribu tanda suka daripada warganet dalam tempoh beberapa jam ia dimuatnaik. Nampaknya kena berlatih dengan betul barulah dapat hasilnya. Mikrofon pun guna botol sahaja, memang tidak menjadilah, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Ahaha Kau niiiii Pabor fadbocey Nyanyian nya seperti mahu sakaratul mau.. tapi anak2 cakap sedap suara sy .bila tgok video ni mcm pelik kan .. “
” Menyesal pulak tengok sampai habis bang, kalau tahu tengok part awal2 je. kna pgl atok rais laa.. shuuuu diam hahha.. “
” Jgn kacau ketua kami.. Nnt die xnk live nyanyi lg. macam tu je Dia Gula gulakann.. bahahahaha.. masa nk record ni pon aku hampir lupe diri aku kejap paborr.. “
” Berani ke anak2 ckp suara mak2 x sedap.. Pun boleh ye.. hareee la.. pggl lah atok rais ajar.. konpem menjadi haha lawak.. “
” Sebab fad tak tolong pegang mic.. Dekat situ dah banyak pergerakan jadi pernafasan pun tak stabil.. Apa kau ni bang fadbocey .. “
” Kau jgn mcm2..ada je nak bahan.. cuba ko plak wat cmtu haha.. sampai hati kenakan isteri ye bang.. tlg lah pegag mic tu.. “
” Haha ini lawak.. nanti aku pon nk cuba la.. leh pegi jauh tak suara aku.. lawak la ko ni fad.. tak terpikir aku nak wat cmni.. “
Menyanyi merupakan bakat semulajadi yang ada pada seseorang. Bukan semua orang mempunyai suara yang merdu walaupun cuba meniru gaya seperti Thalita. Kalau tidak menghiburkan memang tidak sah lah Fad ni. Memang kelakar dan mencuit hati.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fadbocey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral5 days ago
” Ya Allah, arwah macam dah dapat rasa dia nak pergi buat selamanya.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Jika bas bergerak kelajuan biasa pun dia takut, apatah lagi jika bas itu bergerak laju.. ” – Kakak Nurly
-
Viral2 days ago
” Demi hendak menyelamatkan sahabatnya, dia rela korbankan diri dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Tengok keadaan pakaian, macam mana lah sakit yang arwah tanggung. Sumpah tak terbayang.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Gambar terakhir arwah bagi saya.. ” – Teman Nur Dalila Farhana
-
Viral4 days ago
” Patut arwah hebat, tak pandang harta dunia. Syurga untukmu Nurly, nama seindah amalanmu.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” AllahuAkbar dengan kawan lelaki pun soft spoken, bagusnya arwah. Nangis baca surat tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Takdir tak mengizinkan kita jumpa depan-depan, tapi saya tahu awak dengar apa yang saya cerita.. ” – Gadis S